Pit Stop Food For Student merupakan inisiatif kebajikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) yang bertujuan membantu pelajar yang menghadapi kekangan kewangan, khususnya dalam memenuhi keperluan makanan harian. Melalui program ini, makanan panas dan makanan kering disediakan bagi memastikan kebajikan pelajar terpelihara serta menyokong kelangsungan pembelajaran yang kondusif.
Sumbangan daripada para penyumbang amat dihargai dan akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi penyediaan makanan kepada pelajar yang memerlukan.
Program ini juga berperanan sebagai salah satu platform kebajikan yang menyokong kelangsungan pembelajaran pelajar, terutamanya dalam kalangan pelajar daripada golongan B40. Selain itu, inisiatif ini turut membuka ruang kerjasama dan sumbangan daripada individu, alumni serta pihak korporat dalam usaha membantu kebajikan pelajar ACIS secara berterusan.
Makluman: Mohon penyumbang mengambil maklum untuk mengisi semua ruangan bertanda * bagi membolehkan Resit Rasmi yang lengkap dikeluarkan atas nama penyumbang.
1) memasukkan nama penyumbang (SYARIKAT / INDIVIDU) di ruangan Nama/Company/Organization DAN
2) memasukkan NO. SSM (SYARIKAT) di ruangan No. I/C / passport /SSM number
ATAU
3) memasukkan NO. KAD PENGENALAN (INDIVIDU / PEMILIK PEMILIKAN TUNGGAL) di ruangan No. I/C / passport /SSM number
4) memasukkan alamat lengkap syarikat / organisasi / individu penyumbang
Reference letter: UiTM.400-4/4/28-7 NOVEMBER 2025