GIVING@UiTM

CSR Projects

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT SUMBANGAN KOMPUTER KEPADA PELAJAR UiTM B40


AA Zone 26
  • PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT SUMBANGAN KOMPUTER KEPADA PELAJAR UiTM B40

    PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT - SUMBANGAN KOMPUTER KEPADA PELAJAR UiTM B40 TERPILIH. Seperti sedia maklum, pandemik Covid 19 bukan sahaja memberi kesan terhadap sektor pekerjaan dan ekonomi, malahan sektor pendidikan. Pembelajaran secara atas talian adalah pilihan kepada universiti untuk memastikan...
    close
info_outline

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT SUMBANGAN KOMPUTER KEPADA PELAJAR UiTM B40

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT - SUMBANGAN KOMPUTER KEPADA PELAJAR UiTM B40 TERPILIH. Seperti sedia maklum, pandemik Covid 19 bukan sahaja memberi kesan terhadap sektor pekerjaan dan ekonomi, malahan sektor pendidikan. Pembelajaran secara atas talian adalah pilihan kepada universiti untuk memastikan...

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT - SUMBANGAN KOMPUTER KEPADA PELAJAR UiTM B40 TERPILIH.

Seperti sedia maklum, pandemik Covid 19 bukan sahaja memberi kesan terhadap sektor pekerjaan dan ekonomi, malahan sektor pendidikan. Pembelajaran secara atas talian adalah pilihan kepada universiti untuk memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi mendepani cabaran pandemik Covid 19, UiTM telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara Open & Distance Learning (ODL). Namun, kesannya amat dirasai oleh pelajar B40 kerana memiliki komputer merupakan satu keperluan kritikal bagi meneruskan kelangsungan pembelajaran mereka.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Infostruktur, Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII), Universiti Teknologi MARA (UiTM)  telah melancarkan Program Sumbangan Komputer Pelajar UiTM B40 Terpilih sebagai salah satu inisiatif untuk membantu meringankan beban yang dirasai oleh golongan ini. Oleh itu, marilah sama-sama kita menyumbang kepada golongan yang terkesan dan seterusnya merebut peluang memperolehi pahala sedekah melalui program yang dianjurkan.

Pihak kami juga ingin memaklumkan berkaitan pertukaran terma “Waqaf” yang digunakan di dalam poster sebelum ini kepada terma “Sumbangan”. Walau bagaimanapun pertukaran ini tidak mengubah objektif asal program iaitu semua sumbangan yang diperolehi akan digunakan untuk membantu pelajar UiTM B40 yang terpilih memperolehi komputer bagi tujuan pembelajaran mereka.

Reference letter: 100-UiTM(NC 13/5) 05/07/2021.