GIVING@UiTM

Donation / Sadaqah

Infaq For Uwais (Projek Karpet Masjid)


AAC1 Zone 02
#Product ID : 6519
  • Infaq For Uwais (Projek Karpet Masjid)

    Program Infaq for Uwais (i4u) Projek Karpet   Program “Infaq For Uwais” merupakan satu inisiatif kebajikan dan amal jariah yang dianjurkan bagi mengumpul dana untuk Projek Penggantian dan Penambahbaikan Karpet Masjid Uwais Al-Qarni, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Pr...
    close
info_outline

Infaq For Uwais (Projek Karpet Masjid)

Location:
location_onPahang

Program Infaq for Uwais (i4u) Projek Karpet   Program “Infaq For Uwais” merupakan satu inisiatif kebajikan dan amal jariah yang dianjurkan bagi mengumpul dana untuk Projek Penggantian dan Penambahbaikan Karpet Masjid Uwais Al-Qarni, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Pr...

Program Infaq for Uwais (i4u) Projek Karpet
 
Program “Infaq For Uwais” merupakan satu inisiatif kebajikan dan amal jariah yang dianjurkan bagi mengumpul dana untuk Projek Penggantian dan Penambahbaikan Karpet Masjid Uwais Al-Qarni, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Program ini bertujuan menyediakan ruang ibadah yang lebih selesa, kondusif dan harmoni buat seluruh warga kampus khususnya para pelajar, staf serta komuniti setempat yang menggunakan masjid sebagai pusat ibadah dan aktiviti kerohanian.

Melalui program ini, warga universiti serta para penyumbang diberi peluang untuk menyumbang melalui konsep 1 Lot Infaq = RM100.00 dengan sasaran kutipan sebanyak RM100,000.00. Sumbangan yang diberikan bukan sahaja membantu memperindahkan rumah Allah, malah menjadi saham akhirat dan amal jariah yang berpanjangan buat para penyumbang.

Seiring dengan peranan Masjid Uwais Al-Qarni sebagai pusat pembangunan sahsiah, ilmu dan spiritual warga kampus, projek ini diharapkan dapat meningkatkan keselesaan jemaah dalam melaksanakan ibadah serta menyemarakkan budaya berinfaq dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga UiTM dan masyarakat umum.

Reference letter: MESYUARAT TAPI KE24 BIL 1/2026