Pemasangan LED Panel merupakan satu keperluan yang relevan selaras dengan keperluan semasa institusi pendidikan tinggi yang menekankan penggunaan teknologi dalam PnP. Paparan visual bersaiz besar dan berkualiti tinggi mampu meningkatkan kefahaman, tumpuan serta interaksi peserta semasa bengkel dan seminar dijalankan. Selain itu, kemudahan ini juga dapat menyokong penganjuran program akademik dan korporat secara lebih efisien serta mencerminkan imej profesional universiti dalam penganjuran program berimpak tinggi.Cadangan ini dikemukakan dengan objektif dan justifikasi seperti berikut:
Objektif
1. Menyediakan kemudahan LED Panel sebagai medium paparan visual yang efektif bagi menyokong PnP, bengkel dan seminar.
2. Meningkatkan kualiti penyampaian kandungan pembelajaran dan pembentangan semasa program akademik dan rasmi.
3. Mengurangkan kebergantungan kepada peralatan sementara atau pinjaman bagi kegunaan program di Dewan Profesional.
4. Menyokong penganjuran program secara lebih sistematik, teratur dan profesional.
Reference letter: 100-UITM (NC.36/2)