Tabung ini diwujudkan sebagai platform pengumpulan dana dan sumbangan penajaan bagi menyokong inisiatif
pembangunan modal insan, sukan minda, serta program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran Fakulti
Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
Fokus utama dana ini adalah untuk membiayai penganjuran KEJOHANAN CATUR MINANGKABAU
yang melibatkan penyertaan peringkat akar umbi (Kategori U12 dan U17) serta Kategori Terbuka.
Program ini bertujuan mengasah pemikiran strategik, pemikiran kritikal dan logik matematik di kalangan pelajar
dan masyarakat. Hasil sumbangan dan penajaan menerusi tabung ini
akan digunapakai untuk:
1. Menganjurkan aktiviti sukan minda dan khidmat
masyarakat yang memberi manfaat kepada pelajar
sekolah dan komuniti luar.
2. Mengendalikan kemahiran insaniah dan pengurusan
program buat sukarelawan pelajar FSKM.
3. Membiayai kos peralatan pertandingan, sewaan
ruang program, hadiah, serta makan minum urusetia
dan peserta.
4. Menjadi dana sokongan berterusan bagi
penganjuran program-program pembangunan
akademik, kognitif dan kemasyarakatan FSKM pada
masa akan datang.
Reference letter: UiTM.100-9/6/1