GIVING@UiTM

Donation / Sadaqah

Jalinan Ramadhan 2026: Sentuhan Hati Emas


AAR1 Zone 02
#Product ID : 6080
  • Jalinan Ramadhan 2026: Sentuhan Hati Emas

    RINGKASAN EKSEKUTIF Jalinan Ramadhan 2026: Sentuhan Hati Emas Nama Projek Jalinan Ramadhan 2026: Sentuhan Hati Emas (Integrasi Inovasi Pelita QAMARIS dan Gotong-Royong Perdana). Latar Belakang Projek Jalinan Ramadhan 2026 merupakan satu inisiatif khidmat masyarakat yang dirangka secara berfasa,...
    close
info_outline

Jalinan Ramadhan 2026: Sentuhan Hati Emas

Location:
location_onPerlis

RINGKASAN EKSEKUTIF Jalinan Ramadhan 2026: Sentuhan Hati Emas Nama Projek Jalinan Ramadhan 2026: Sentuhan Hati Emas (Integrasi Inovasi Pelita QAMARIS dan Gotong-Royong Perdana). Latar Belakang Projek Jalinan Ramadhan 2026 merupakan satu inisiatif khidmat masyarakat yang dirangka secara berfasa,...

RINGKASAN EKSEKUTIF

Jalinan Ramadhan 2026: Sentuhan Hati Emas

Nama Projek

Jalinan Ramadhan 2026: Sentuhan Hati Emas (Integrasi Inovasi Pelita QAMARIS dan Gotong-Royong Perdana).

Latar Belakang Projek

Jalinan Ramadhan 2026 merupakan satu inisiatif khidmat masyarakat yang dirangka secara berfasa, berstruktur, dan berimpak tinggi, bukannya bersifat program sekali peristiwa (one-off). Program ini bermula dengan fasa analisis keperluan melalui lawatan tapak di Rumah Sejahtera Baitul Hannan yang mendedahkan kedaifaan prasarana kritikal pada 9 buah bilik berpenghuni. Dapatan menunjukkan beberapa pintu bilik mengalami kerosakan serius akibat anai-anai, keadaan tikar getah yang terlalu uzur, serta tahap kebersihan tandas di dalam bilik yang sangat membimbangkan, sekali gus mendedahkan warga emas kepada risiko ancaman kesihatan, pencerobohan dan haiwan berbisa.

Sebagai solusi tuntas, program ini menggabungkan dua aktiviti utama iaitu GotongRoyong Perdana untuk pemulihan fizikal (pintu, tikar getah, dan sanitasi) serta pelaksanaan Projek Inovasi QAMARIS (Quenching Activity for Mitigating Ambient Residential Illumination Sustainability). QAMARIS merupakan inovasi pencahayaan hijau solar LED yang menggunakan bahan kitar semula untuk meningkatkan keselamatan dan estetika kediaman. Keseluruhan program ini disusun secara sistematik bermula daripada latihan Mentor Muda sehingga ke fasa pemantauan jangka panjang bagi memastikan kelestarian manfaat kepada komuniti.

Anjuran

Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), IJiTM Cawangan Perlis.

Rakan Kolaborasi dan Sumbangan

  • MAIPs & FAMA: Sokongan dana kebajikan, sumbangan asnaf, dan logistik bekalan makanan.
  • JPN Perlis & SMA Al-Islahiyah: Penyelarasan pengljbatan pelajar sebagai Mentor Muda dalam proses pemindahan ilmu.
  • Kolej Komuniti Kangar: Rakan strategik bagi kepakaran teknikal pertukangan dan pembaikan prasarana bilik serta tandas.

Tarikh dan Tempat Pelaksanaan

  • Fasa 1 (7 Feb 2026): Gotong-Royong Perdana di Pusat Jagaan dan Bengkel QAMARIS di SMA Al-Islahiyah.
  • Fasa 2 (7 Mac 2026): Bengkel Advance QAMARIS, Majlis Perasmian dan Pelancaran QAMARIS, dan Majlis Iftar di UiTM Cawangan Perlis.
  • Fasa 3 (Mac - Jun 2026): Lawatan pemantauan berkala dan penilaian impak sosial. 

 

Penyertaan

  • Penerima Manfaat: Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Baitul Hanan (9 orang warga emas dan 2 orang staf).
  • Mentor Muda: pelajar SMA Al-lslahiyah.

Faedah/Manfaat yang Diterima oleh Komuniti

  • Warga emas mendapat persekitaran hidup yang Iebih bersih, selamat dan manusiawi.
  • Pelajar SMA memperoleh kemahiran teknikal solar serta nilai kepimpinan melalui bimbingan Mentor-Mentee.

HasiI/lmpaWOutcome Pelaksanaan Projek

  • Penghasilan modul inovasi sosial yang diiktiraf di mana QAMARIS adalah hak milik penuh Pasukan Inovasi QAMARIS, FSKM, UiTM Cawangan Perlis.
  • Kelestarian Program: Penyelesaian isu kedaifaan komuniti melalui model pemindahan ilmu yang mampan dan berfasa (Januari - Jun 2026).
  • Pengiktirafan: Dokumentasi impak sosial yang memenuhi piawaian kualiti universiti bagi tujuan perlindungan harta intelek dan rekod kecemerlangan fakulti.

Kesimpulan

Jalinan Ramadhan 2026 merupakan model intervensi sosial mampan yang membuktikan kolaborasi strategik mampu menghasilkan perubahan fizikal dan sosial yang signifikan. Melalui gabungan aktiviti gotong-royong dan inovasi QAMARIS, program ini berjaya menyelesaikan isu kedaifaan prasarana di 9 bilik berpenghuni secara tuntas bagi memulihkan maruah hidup warga emas serta memperkukuh ekosistem kerjasama yang lestari antara universiti dan agensi luar.

Reference letter: UiTM.100-9/6/1