Other Services

Others

GEOSPATIAL TECHNOLOGY INNOVATION COMPETITION (GeoTIC 2026)- PESERTA PERTANDINGAN


AAA1 Zone 02
#Product ID : 5908
  • GEOSPATIAL TECHNOLOGY INNOVATION COMPETITION (GeoTIC 2026)- PESERTA PERTANDINGAN

    GeoTIC 3.0 2026 merupakan inisiatif daripada Program Sains Ukur dan Geomatik (PSUG) dalam usaha mempromosikan salah satu elemen penting dalam bidang pengukuran, iaitu Sistem Maklumat Geografi (GIS) kepada umum. Program ini sejajar dengan hala tuju PSUG UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, yang...
    close
info_outline

GEOSPATIAL TECHNOLOGY INNOVATION COMPETITION (GeoTIC 2026)- PESERTA PERTANDINGAN

Location:
location_onPerak

GeoTIC 3.0 2026 merupakan inisiatif daripada Program Sains Ukur dan Geomatik (PSUG) dalam usaha mempromosikan salah satu elemen penting dalam bidang pengukuran, iaitu Sistem Maklumat Geografi (GIS) kepada umum. Program ini sejajar dengan hala tuju PSUG UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, yang...

GeoTIC 3.0 2026 merupakan inisiatif daripada Program Sains Ukur dan Geomatik (PSUG) dalam usaha mempromosikan salah satu elemen penting dalam bidang pengukuran, iaitu Sistem Maklumat Geografi (GIS) kepada umum. Program ini sejajar dengan hala tuju PSUG UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, yang beraspirasi menjadi peneraju dalam bidang GIS melalui penawaran Program Diploma Teknologi Geospatial. Penganjuran program ini dilihat amat bertepatan dalam memberikan pendedahan kepada mahasiswa UiTM Cawangan Perak khususnya, serta kepada khalayak ramai secara umumnya. Selain menjadi platform promosi kepada Program Diploma Teknologi Geospatial, penganjuran GeoTIC turut menyokong usaha universiti dalam melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi permintaan industri dalam sektor GIS yang semakin berkembang pesat.
Tambahan pula, program ini disasarkan sebagai medium untuk mempamerkan aplikasi teknologi GIS dalam kehidupan seharian melalui pelbagai aktiviti pameran yang dikendalikan oleh pihak program serta penyertaan daripada agensi kerajaan dan syarikat swasta yang berasaskan teknologi geospatial. Seterusnya, penganjuran GeoTIC 3.0 juga diharap dapat menjadi saluran untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang potensi kerjaya dalam bidang GIS, khususnya dalam kalangan pelajar yang masih kurang jelas mengenai peluang dan hala tuju kerjaya dalam bidang ini.

Reference letter: 400-KPK (HEA.1/9/5)

Make a payment

RM 250.00