Other Services

Others

Pair To Publish (P2P) - UiTM Global University Network (UGUN) Summer Camp 2026 (14 Oktober 2026)


AAR1 Zone 02
#Product ID : 6838
  • Pair To Publish (P2P) - UiTM Global University Network (UGUN) Summer Camp 2026 (14 Oktober 2026)

    PENGENALAN Program Pair to Publish (P2P) merupakan platform kolaborasi akademik berstruktur yang memberi tumpuan kepada penghasilan manuskrip berkualiti melalui pemadanan kepakaran antara penyelidik UiTM Cawangan Perlis dan universiti antarabangsa. Program ini bukan sekadar sesi jaringan atau bengk...
    close
info_outline

Pair To Publish (P2P) - UiTM Global University Network (UGUN) Summer Camp 2026 (14 Oktober 2026)

Location:
location_onPerlis

PENGENALAN Program Pair to Publish (P2P) merupakan platform kolaborasi akademik berstruktur yang memberi tumpuan kepada penghasilan manuskrip berkualiti melalui pemadanan kepakaran antara penyelidik UiTM Cawangan Perlis dan universiti antarabangsa. Program ini bukan sekadar sesi jaringan atau bengk...

PENGENALAN

Program Pair to Publish (P2P) merupakan platform kolaborasi akademik berstruktur yang memberi tumpuan kepada penghasilan manuskrip berkualiti melalui pemadanan kepakaran antara penyelidik UiTM Cawangan Perlis dan universiti antarabangsa. Program ini bukan sekadar sesi jaringan atau bengkel penulisan, tetapi berfungsi sebagai model pemecut penerbitan yang menetapkan sasaran output yang jelas, pemilihan jurnal sasaran serta timeline penghantaran manuskrip yang dipantau secara sistematik.

P2P dilaksanakan sebagai salah satu sub-program di bawah UiTM-Global University Network (UGUN) Summer Camp 2026 yang dianjurkan oleh Unit Perundingan, lnovasi dan Kepakaran (UPIK), Sahagian Penyelidikan dan Jaringan lndustri (PJI), UiTM Cawangan Perlis. Program ini dirangka berasaskan pendekatan Special Interest Group (SIG) yang mempertemukan peserta Summer Camp daripada institusi tempatan dan antarabangsa dengan pensyarah UiTM Perlis merentas fakulti melalui pemadanan kepakaran (research pairing) bagi menghasilkan manuskrip untuk penerbitan berindeks seperti WoS, Scopus, MyCite dan ERA. lnisiatif ini juga menyokong pengukuhan KPI penerbitan berindeks, pengembangan jaringan akademik serta pengaktifan SIG ke arah pembangunan Research Interest Group (RIG). Sehubungan itu, P2P diperkenalkan sebagai satu ekosistem kolaborasi yang merangkumi:

i) Pengukuhan Dalaman: mengaktifkan penglibatan pensyarah UiTM Perlis daripada semua fakulti melalui pemadanan berasaskan niche kepakaran SIG.

ii) Pengembangan Kolaborasi: memperluas kolaborasi kepada peserta antarabangsa dan institusi tempatan yang menyertai Summer Camp.

iii) Pemangkin Jangka Panjang: berpotensi berkembang kepada geran

iv) penyelidikan bersama dan penyelidikan rentas industri.

Make a payment