GIVING@UiTM

Donation / Sadaqah

SUMBANGAN PROGRAM REHLAH TARBAWI DAN CURAH BAKTI (RTCB) 2025


AA Zone 25
  • SUMBANGAN PROGRAM REHLAH TARBAWI DAN CURAH BAKTI (RTCB) 2025

    Rehlah Tarbawi dan Curah Bakti (RTCB) 2025 merupakan inisiatif pendidikan lapangan anjuran ACIS UiTM Shah Alam yang memberi penekanan kepada pembinaan karakter pendidik Islam melalui pendekatan tarbiyah, khidmat masyarakat dan pendedahan realiti dakwah. Program ini akan melibatkan seramai 63 pelajar...
    close
info_outline

SUMBANGAN PROGRAM REHLAH TARBAWI DAN CURAH BAKTI (RTCB) 2025

Rehlah Tarbawi dan Curah Bakti (RTCB) 2025 merupakan inisiatif pendidikan lapangan anjuran ACIS UiTM Shah Alam yang memberi penekanan kepada pembinaan karakter pendidik Islam melalui pendekatan tarbiyah, khidmat masyarakat dan pendedahan realiti dakwah. Program ini akan melibatkan seramai 63 pelajar...

Rehlah Tarbawi dan Curah Bakti (RTCB) 2025 merupakan inisiatif pendidikan lapangan anjuran ACIS UiTM Shah Alam yang memberi penekanan kepada pembinaan karakter pendidik Islam melalui pendekatan tarbiyah, khidmat masyarakat dan pendedahan realiti dakwah. Program ini akan melibatkan seramai 63 pelajar Diploma Pendidikan Islam dan 15 pensyarah, serta dijalankan dengan kerjasama Majlis Islam Sarawak, Jabatan Mufti, dan komuniti setempat.

Dilaksanakan di Kuching dan Kampung Senah Rayang, Puncak Borneo, program ini membuka ruang pembelajaran bermakna dan kontekstual kepada mahasiswa melalui pembentangan akademik, edugames dakwah, projek sekolah, kuliah kerohanian, serta pengalaman tinggal bersama keluarga angkat di perkampungan Muslim pedalaman. Ia bertujuan menyuburkan jiwa murabbi yang empati, berintegriti, dan bersedia memimpin perubahan.

Sumbangan pihak awam dan korporat sangat penting dalam merealisasikan misi ini. Penajaan akan disalurkan terus kepada aktiviti pembangunan pelajar, bahan pendidikan, logistik serta program komuniti yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat Sarawak. Setiap ringgit yang disumbangkan adalah pelaburan dalam membentuk pendidik masa depan yang holistik, berjiwa besar, dan berperanan aktif dalam membina ummah.

 OBJEKTIF PROGRAM

  • Mendedahkan pelajar kepada realiti pendidikan Islam dan dakwah di Sarawak.
  • Memupuk jiwa murabbi, penyayang dan dedikasi dalam kalangan bakal guru.
  • Mengasah bakat kepimpinan dan dakwah pelajar dalam masyarakat pelbagai latar.
  • Membentuk pengalaman hidup yang signifikan melalui interaksi budaya dan spiritual

Rehlah Tarbawi dan Curah Bakti 2025 ialah platform latihan nilai dan kepimpinan bagi pelajar Diploma Pendidikan Islam melalui pengalaman dakwah dan khidmat komuniti di Sarawak. Program ini memberi manfaat berganda—membina pendidik berjiwa murabbi dan menyantuni masyarakat setempat melalui pendidikan, motivasi dan silaturrahim. Sokongan dan penajaan daripada semua syarikat/organisasi amat dialu-alukan bagi menjayakan misi ini. Setiap sumbangan adalah pelaburan dalam membentuk generasi pendidik berintegriti dan berperanan aktif dalam pembangunan ummah.

Pegawai untuk dihubungi :

1) Dr. Mahfuzah Mohammed Zabidi (019-3535004)

2) Dr. Fatin Nabila Abd Wahid (0163856747)

 

Makluman: Mohon penyumbang mengambil maklum mengisi semua ruangan bertanda * bagi membolehkan Resit Rasmi dikeluarkan atas nama penyumbang.

1) memasukkan nama penyumbang (SYARIKAT / INDIVIDU) di ruangan Nama/Company/Organization DAN

2) memasukkan NO. SSM (SYARIKAT) di ruangan No. I/C / passport /SSM number

ATAU

3) memasukkan NO. KAD PENGENALAN PEMILIK (PEMILIKAN TUNGGAL) di ruangan No. I/C / passport /SSM number

 4) memasukkan alamat lengkap syarikat / organisasi / penyumbang

Reference letter: 100-UiTM(NC.36/2)-29 April 2025