GIVING@UiTM

Donation / Sadaqah

REBUILD@ KOLEJ PENGAJIAN ALAM BINA


AA Zone 29
  • REBUILD@ KOLEJ PENGAJIAN ALAM BINA

    Kolej Pengajian Alam Bina Universiti Teknologi MARA Shah Alam merupakan kolej yang menawarkan pengajian di dalam 11 bidang yang berkaitan dengan alam bina. Kolej ini juga dilengkapi dengan pelbagai ruang pengajaran dan pembelajaran termasuklah ruang kelas, makmal ujikaji dan bengkel K...
    close
info_outline

REBUILD@ KOLEJ PENGAJIAN ALAM BINA

Kolej Pengajian Alam Bina Universiti Teknologi MARA Shah Alam merupakan kolej yang menawarkan pengajian di dalam 11 bidang yang berkaitan dengan alam bina. Kolej ini juga dilengkapi dengan pelbagai ruang pengajaran dan pembelajaran termasuklah ruang kelas, makmal ujikaji dan bengkel K...

Kolej Pengajian Alam Bina Universiti Teknologi MARA Shah Alam merupakan kolej yang menawarkan pengajian di dalam 11 bidang yang berkaitan dengan alam bina. Kolej ini juga dilengkapi dengan pelbagai ruang pengajaran dan pembelajaran termasuklah ruang kelas, makmal ujikaji dan bengkel Kemahiran. Makmal-makmal dan bengkel kemahiran ini dilengkapi dengan peralatan yang yang diperlukan bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala, bilik-bilik kuliah di blok C pula diguna pakai oleh pelajar untuk pembelajaran dan pengajaran. 
 
Blok pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada telah beroperasi selama lebih dua puluh lima tahun dan telah memberikan sumbangan besar dalam proses pembelajaran di institusi ini. Namun begitu, dengan perkembangan teknologi dan peningkatan bilangan pelajar, kemudahan yang sedia ada tidak lagi berada dalam kondisi yang baik, mencukupi dan tidak memenuhi keperluan semasa. Kebanyakan bilik kekurangan kemudahan teknologi moden seperti projektor, komputer, dan juga suasana yang suram dan tidak kondusif . Terdapat masalah penyelenggaraan seperti kerosakan pada perabot, sistem pencahayaan, dan ventilasi yang memburukan lagi kondisi semasa ruang dan perabot yang terdapat didalam bilik-bilik kuliah ini.
 
Terdapat keperluan yang kritikal untuk ruang ini ditambahbaik ataupun dibaik pulih. Bagi makmal-makmal yang terdapat di KAB, terdapat keperluan untuk penambahbaikan pengunaan ruang dengan mewujudkan system simpanan yang lebih sistematik terutamanya kepada hasil karya pelajar yang dijadikan sebagai rujukan dan simpanan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Ruang yang kondusif untuk aktiviti penyelidikan juga perlu diwujudkan bagi memastikan hasil penyelidikan lebih berkualiti dan berdaya saing.
 
Oleh yang demikian, keperluan untuk menaik taraf blok pengajaran dan pembelajaran (Blok C dan makmal) ini adalah penting bagi memastikan kualiti pendidikan yang diberikan serta pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang dapat diberikan dan dirasai oleh pensyarah mahupun pelajar-pelajar dalah yang terbaik.

Reference letter: 100-UiTM (NC.36/2) bertarikh 14 Nov 2025