GIVING@UiTM

Donation / Sadaqah

SUMBANGAN BAGI PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS PENGANTARABANGSAAN (GLOBAL OUTREACH PROGRAME)


AA05 Zone 02
  • SUMBANGAN BAGI PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS PENGANTARABANGSAAN (GLOBAL OUTREACH PROGRAME)

    Global Outreach ProgrammeAdalah suatu program lawatan penanda aras pengantarabangsaan yang menggalakkan siswa/i ke luar negara. Program ini akan dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Pusat Asasi UiTM. Dalam era globalisasi ini, setiap siswa/i haruslah sentiasa bertukar-tukar idea antar...
    close
info_outline

SUMBANGAN BAGI PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS PENGANTARABANGSAAN (GLOBAL OUTREACH PROGRAME)

Global Outreach ProgrammeAdalah suatu program lawatan penanda aras pengantarabangsaan yang menggalakkan siswa/i ke luar negara. Program ini akan dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Pusat Asasi UiTM. Dalam era globalisasi ini, setiap siswa/i haruslah sentiasa bertukar-tukar idea antar...

Global Outreach Programme
Adalah suatu program lawatan penanda aras pengantarabangsaan yang menggalakkan siswa/i ke luar negara. Program ini akan dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Pusat Asasi UiTM. Dalam era globalisasi ini, setiap siswa/i haruslah sentiasa bertukar-tukar idea antara satu sama lain untuk mengembangkan lagi pemikiran kritis dan inovatif siswa/i dalam pelbagai aspek kehidupan sebagai seorang penuntut di universiti. Demi menjayakan matlamat ini, JPK berhasrat untuk menjayakan program yang dapat memupuk kualiti dan nilai dalam diri siswa/i dan program yang dapat mendedahkan siswa/i kepada kebudayaan dan cara hidup yang berbeza-beza melalui kehidupan moden di luar negara dengan melawat ke negara yang lebih moden dan berteknologi. Pelaksanaan Global Outreach Programme adalah untuk menjalinkan kerjasama antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan beberapa pihak di Indonesia seperti Universitas Negeri Jakarta, Bandung Institute of Technology, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, MyFundAction Indonesia, dan lain-lain lagi. Matlamat program ini adalah sebagai perkongsian pintar pendapat dan idea dalam pelbagai bidang yang meluas seperti sains dan teknologi, pengurusan, dan lain-lain lagi selain dapat mendedahkan siswa/i tentang cara hidup masyarakat di luar negara. Tambahan lagi, program ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara Malaysia dan Indonesia. Program ini diharapkan dapat mencapai matlamat yang ingin dicapai dan dapat membentuk siswa/i yang berbakti kepada negara.

 

Sekian Terima Kasih

Reference letter: 100-UiTMSEL(HEP/PT.37/8/2)