GIVING@UiTM

Donation / Sadaqah

SUMBANGAN MENINGKATKAN KEMUDAHAN SUKAN UITM CAWANGAN KELANTAN KAMPUS MACHANG


AAD1 Zone 02
  • SUMBANGAN MENINGKATKAN KEMUDAHAN SUKAN UITM CAWANGAN KELANTAN KAMPUS MACHANG

    Unit Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan mengajak semua untuk menyumbang dalam Projek Meningkatkan Kemudahan Sukan UiTM Cawangan Kelantan. Inisiatif ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemudahan sukan di kampus dengan menyediakan fasiliti yang baik seperti venue permainan yang...
    close
info_outline

SUMBANGAN MENINGKATKAN KEMUDAHAN SUKAN UITM CAWANGAN KELANTAN KAMPUS MACHANG

Unit Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan mengajak semua untuk menyumbang dalam Projek Meningkatkan Kemudahan Sukan UiTM Cawangan Kelantan. Inisiatif ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemudahan sukan di kampus dengan menyediakan fasiliti yang baik seperti venue permainan yang...

Unit Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan mengajak semua untuk menyumbang dalam Projek Meningkatkan Kemudahan Sukan UiTM Cawangan Kelantan. Inisiatif ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemudahan sukan di kampus dengan menyediakan fasiliti yang baik seperti venue permainan yang selamat dan kompleks sukan yang lengkap. Antara perancangan projek adalah untuk membaiki kemudahan serta meningkatkan keselesaan mahasiswa melalui penambahan ruang ibadah yang sesuai bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti sukan.

Dengan peningkatan jumlah pelajar dan perkembangan aktiviti sukan, terdapat keperluan mendesak untuk menyediakan kemudahan tersebut. Kami memohon sumbangan daripada orang ramai untuk merealisasikan projek ini. Setiap sumbangan akan digunakan sepenuhnya untuk pembinaan dan penyediaan kemudahan yang diperlukan. Kami percaya bahawa dengan sokongan masyarakat, projek ini dapat menjadi kenyataan dan memberi manfaat kepada semua. 

OBJEKTIF PROJEK: 

  1. Membangunkan dan memperbaharui kemudahan sukan di kampus untuk memastikan pelajar mempunyai akses kepada fasiliti yang berkualiti dan selamat.
  2. Menaik taraf kompleks sukan untuk meningkatkan keselesaan dan pengalaman pengguna semasa menjalani aktiviti sukan.
  3. Menggalakkan penyertaan yang lebih aktif dalam pelbagai aktiviti sukan melalui penyediaan kemudahan yang mencukupi dan berkualiti.
  4. Menggalakkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar melalui penyediaan ruang yang sesuai untuk aktiviti sukan dan ibadah.
  5. Menyediakan persekitaran yang menyokong kesejahteraan fizikal dan mental pelajar melalui kemudahan sukan dan ruang ibadah yang baik.
  6. Menggalakkan sumbangan daripada masyarakat untuk merealisasikan projek ini, sekaligus meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kemudahan sukan di institusi pendidikan.

Reference letter: 100-CK (HEP/US 37/1)