GIVING@UiTM

CSR Projects

JOM BANTU ASNAF 4.0


AAM2 Zone 02
  • JOM BANTU ASNAF 4.0

    Jom Bantu Asnaf 4 adalah Projek kerjasama antara warga UiTM Melaka ( pensyarah, staff sokongan dan pelajar  ), agensi kerajaan,NGOs dan juga komuniti setempat.   Projek ini di terajui oleh pensyarah dari Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP) dengan Kerjasama Bahagian Penyelidi...
    close
info_outline

JOM BANTU ASNAF 4.0

Location:
location_onMelaka

Jom Bantu Asnaf 4 adalah Projek kerjasama antara warga UiTM Melaka ( pensyarah, staff sokongan dan pelajar  ), agensi kerajaan,NGOs dan juga komuniti setempat.   Projek ini di terajui oleh pensyarah dari Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP) dengan Kerjasama Bahagian Penyelidi...

Jom Bantu Asnaf 4 adalah Projek kerjasama antara warga UiTM Melaka ( pensyarah, staff sokongan dan pelajar  ), agensi kerajaan,NGOs dan juga komuniti setempat.   Projek ini di terajui oleh pensyarah dari Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP) dengan Kerjasama Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) dan Youth Edupreneurs Club, bagi memberi imej UiTM Melaka sebagai organisasi yang prihatin asnaf dan sedia membantu permasalahan dalam kehidupan masyarakat. Ianya bertujuan untuk menyantuni golongan yang memerlukan bantuan atas sebab mendapat musibah atau bermasaalah dalm kelangsungan hidup. Sasaran mereka yang dibantu adalah  faqir miskin samada anak yatim, ibu tunggal,balu warga emas,pesakit kronik, mualaf dan mereka yang ditimpa musibah. Bantuan yang dimaksudkan adalah bantuan berbentuk material seperti wang tunai atau barang-barang  dan  bukan material (ilmu, kemahiran, latihan dan konsultasi). Projek ini akan bermula dengan Program Hamper Kasih Ramadhan  diikuti Bengkel Motivasi Kecemerlangan SPM anak-anak asnaf negeri Melaka dan Berkat Jumaat untuk pelajar asnaf UiTM Melaka. Projek  Jom Bantu Asnaf akan  berlangsung bermula Mac 2024 hingga Mac 2025.

OBJEKTIF PROJEK

1. Membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti  fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan mereka yang di timpa musibah samada bencana alam,  sakit kronik dan seumpamanya.( PI136:  ZERO Poverty Program)

2.Memberi peluang warga UiTM bekerjasama dengan organisasi luar menjalankan aktiviti membantu golongan asnaf menjalani kelangsungan hidup.( PI073 :  Number of MoU dan MoA with local partner)

3.Menyediakan platform untuk warga pensyarah dan pelajar UiTM  memberi motivasi dan kemahiran tertentu  kepada pelajar-pelajar asnaf SPM.(PI076 :  Number of Knowledge Transfer Program (KTP)

4.Memberi platform yang telus dan berkredibiliti tinggi kepada Alumni UiTM, agensi luar dan orang awam yang ingin bersedekah atau membantu komuniti asnaf.(PI077 :  Total amount received from external for USR and KTP Program)

5.Memberi peluang Alumni UiTM yang Berjaya untuk berkongsi ilmu dan memberi motivasi kepada pelajar asnaf SPM negeri Melaka.(PI080 : Number of Alumni Expert Service)

Reference letter: 100-UiTM(NC.13/5)