Program khidmat masyarakat ini dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM
Melaka dengan kerjasama President University, Indonesia di bawah Memorandum of Understanding (MoU) antara UiTM Melaka dan President University. Program ini bertujuan membantu dan menyokong kanak-kanak di bawah jagaan Panti Sosial Asuhan Anak, Yayasan Mulia Indonesia melalui sumbangan keperluan asas, alat pembelajaran, serta pelaksanaan aktiviti pendidikan. Program ini akan berlangsung pada 19 Julai 2025
(Sabtu).
1. Membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti anak yatim (Pl136: ZERO
Poverty Program).
2. Memberi peluang warga UiTM bekerjasama dengan organisasi luar menjalankan
aktiviti membantu golongan anak yatim menjalani kelangsungan hidup (PI073:
Number of MoU dan MoA with local partner)
3. Menyediakan platform untuk warga pensyarah memberi motivasi dan kemahiran
tertentu kepada pelajar-pelajar anak yatim (PI076: Number of Knowledge Transfer
Program (KTP)).
Reference letter: UiTM.100-11/1/30