GIVING@UiTM

CSR Projects

Penyayang Roaming Rangers


AAP1 Zone 02
  • Penyayang Roaming Rangers

    Corporate Social Responsibility (CSR) memainkan peranan penting dalam pembangunan dan penglibatan bersama sesuatu komuniti setempat. Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberi penekanan kepada para pelajar untuk menyertai CSR dan pelbagai aktiviti lain yang boleh memberi pendedahan, pengalaman dan ins...
    close
info_outline

Penyayang Roaming Rangers

Corporate Social Responsibility (CSR) memainkan peranan penting dalam pembangunan dan penglibatan bersama sesuatu komuniti setempat. Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberi penekanan kepada para pelajar untuk menyertai CSR dan pelbagai aktiviti lain yang boleh memberi pendedahan, pengalaman dan ins...

Corporate Social Responsibility (CSR) memainkan peranan penting dalam pembangunan dan penglibatan bersama sesuatu komuniti setempat. Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberi penekanan kepada para pelajar untuk menyertai CSR dan pelbagai aktiviti lain yang boleh memberi pendedahan, pengalaman dan inspirasi kepada para siswa untuk membantu komuniti, masyarakat dan negara. Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon penajaan atau sumbangan bagi program Penyayang Roaming Rangers.

Penyayang Roaming Rangers adalah program khidmat masyarakat yang melibatkan aktiviti kolaborasi CSR oleh staf dan pelajar UiTMCPP untuk menambah ilmu pengetahuan sukarelawan dalam menjaga dan memelihara kehidupan flora dan fauna di negara kita, Malaysia. Program ini juga akan memupuk jaringan kerjasama antara universiti tempatan dengan organisasi pemuliharaan haiwan dan alam sekitar melalui aktiviti CSR dan pertandingan video. Tumpuan program pada kali ini ialah Zoo Negara, Malaysia.

Semoga tajaan dan sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan dapat memberi manfaat kepada zoo dan haiwan-haiwan yang dijaga, tetapi juga memberikan peluang berharga bagi pelajar yang menghadapi masalah kesihatan mental untuk memperbaiki kesejahteraan mereka sendiri. Aktiviti fizikal ini juga membantu mengurangkan perasaan tertekan, isolasi dan kesepian, meningkatkan harga diri dan keyakinan, dan memberi mereka perspektif baharu mengenai konservasi haiwan. Dengan berinteraksi bersama haiwan dan juga para pelajar lain secara langsung, program ini menawarkan ruang untuk mereka refleksi dan pemulihan emosi serta mengalihkan perhatian dari masalah kesihatan mereka.

Reference letter: 100-UITM(NC.13/5)