GIVING@UiTM

CSR Projects

Menyantuni Aspirasi Rumah Anak Kesayangan (MARAK)


AAP1 Zone 02
  • Menyantuni Aspirasi Rumah Anak Kesayangan (MARAK)

    Menyantuni Aspirasi Rumah Anak Kesayangan (MARAK) adalah program CSR staf dan mahasiswa UiTMCPP bersama Rumah Kebajikan Anak Kesayangan di Permatang To’ Kandu, Permatang Pauh. UniversitiTeknologi MARA (UiTM) memberi penekanan kepada para pelajar untuk menyertai CSR dan pelbagai aktiviti lain y...
    close
info_outline

Menyantuni Aspirasi Rumah Anak Kesayangan (MARAK)

Menyantuni Aspirasi Rumah Anak Kesayangan (MARAK) adalah program CSR staf dan mahasiswa UiTMCPP bersama Rumah Kebajikan Anak Kesayangan di Permatang To’ Kandu, Permatang Pauh. UniversitiTeknologi MARA (UiTM) memberi penekanan kepada para pelajar untuk menyertai CSR dan pelbagai aktiviti lain y...

Menyantuni Aspirasi Rumah Anak Kesayangan (MARAK) adalah program CSR staf dan mahasiswa UiTMCPP bersama Rumah Kebajikan Anak Kesayangan di Permatang To’ Kandu, Permatang Pauh. Universiti
Teknologi MARA (UiTM) memberi penekanan kepada para pelajar untuk menyertai CSR dan pelbagai aktiviti lain yang boleh memberi pendedahan, pengalaman dan inspirasi kepada para siswa untuk membantu komuniti, masyarakat dan negara.

Program ini diharap dapat menjadi salah satu platform untuk warga UiTMCPP membina hubungan baik dengan komuniti disamping para mahasiswa dapat mengasah kemahiran yang dipelajari dan diaplikasikan secara praktikal. Program berbentuk khidmat masyarakat ini merupakan program susulan daripada Projek Rintis Rumah Kebajikan Angkat Penyayang pada 8 Januari 2023 dan Projek Rumah Kebajikan Angkat Penyayang UiTMCPP 1.0 pada 18 Jun 2023 pada tempat dan komuniti yang sama dan berfokus kepada staf dan mahasiswa menyumbang tenaga melalui gotong- royong membersihkan kawasan, mengecat dan membaiki kawasan serta menjalankan aktiviti ramah mesra bersama anak-anak Rumah Kebajikan Anak Kesayangan. Projek ini diberi nama baharu iaitu Menyantuni Aspirasi Rumah Anak Kesayangan (MARAK).

Sumbangan dan tajaan daripada tuan-tuan dan puan-puan diharapkan dapat memberi manfaat kepada Rumah Kebajikan Anak Kesayangan di Permatang To’ Kandu, Permatang Pauh.

Reference letter: 100-UITM(NC.13/5)