GIVING@UiTM

CSR Projects

MADRASAH VISIT EXCHANGE OF KNOWLEDGE 3.0


AAP1 Zone 02
  • MADRASAH VISIT EXCHANGE OF KNOWLEDGE 3.0

    Aiding in Sustainable Skills Empowerment & Transfer (ASSETS) adalah program pemindahan ilmu daripada warga Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP), terutamanya mahasiswa, kepada komuniti. Program ini bertujuan untuk mewujudkan satu platform kepada para pelajar universiti untuk...
    close
info_outline

MADRASAH VISIT EXCHANGE OF KNOWLEDGE 3.0

Aiding in Sustainable Skills Empowerment & Transfer (ASSETS) adalah program pemindahan ilmu daripada warga Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP), terutamanya mahasiswa, kepada komuniti. Program ini bertujuan untuk mewujudkan satu platform kepada para pelajar universiti untuk...

Aiding in Sustainable Skills Empowerment & Transfer (ASSETS) adalah program pemindahan ilmu daripada warga Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP), terutamanya mahasiswa, kepada komuniti. Program ini bertujuan untuk mewujudkan satu platform kepada para pelajar universiti untuk mempraktikkan ilmu atau skil yang dipelajari di dalam kelas bagi membantu pembangunan komuniti setempat. Program ASSETS: Madrasah Visit & Exchange of Knowledge 3.0 merupakan program kesinambungan daripada 3 program yang lepas yang melibatkan Maahad Riyadhil Quran (MRIQ) iaitu Madrasah Visit & Exchange of Knowledge 2022 (14 & 15 Mei 2022), Gamification of English, Mathematics & Science 2022 (13 hingga 15 Oktober 2022), dan Madrasah Visit & Exchange of Knowledge 3.0 (12 & 13 Mei 2023). Aktiviti yang telah dijalankan pada 3 program lepas adalah berbentuk gamifikasi dalam pembelajaran bahasa Inggeris dan STEM. Bagi program kali ini, peserta akan didedahkan dengan skil-skil praktikal seperti seni kulinari, teknik menggunting rambut, dan skil fisioterapi, selain daripada aktiviti-aktiviti permainan bahasa Inggeris dan kerja dalam kumpulan.

Pemacu program ini adalah para pensyarah dari Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTMCPP yang akan dibantu oleh para mahasiswa daripada dua persatuan pelajar iaitu Persatuan Bahasa Inggeris dan Kelab Budi Penyayang. Pihak penganjur mengharapkan bahawa program ini akan menjadi program yang berterusan dan diperluaskan ke komuniti sasaran lain, seterusnya dapat menyumbang kepada pendidikan dan pembangunan masyarakat.

Reference letter: 100-UITM(NC.13/5)