Projek ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi pembangunan pelajar pascasiswazah terutamanya dalam melengkapkan kelengkapan di dalam Bilik Pascasiswazah Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) UiTM Cawangan Pulau Pinang yang baru dibangunkan. Semenjak ruang tersebut ditukar-fungsi kepada Bilik Pascasiswazah PKM pada tahun 2023, kerja-kerja baikpulih, penyelenggaraan dan pembersihan sudah dijalankan, tetapi masih ada kelengkapan yang belum mencukupi. Tumpuan kali ini diberikan kepada menyediakan ruang kerja yang sesuai, kondusif dan selesa untuk pelajar Pascasiswazah PKM. Projek utama masakini yang memerlukan tajaan dan dana adalah menambah bilangan meja kerja dan kelengkapannya seperti laci, kerusi dan partition, mengubahsuai pintu kepada pintu berkelengkapan keselamatan, memasang papan tanda bilik dan meningkatkan keselesaan bilik. Sedekah dan infaq yang saudara-saudari berikan inshaAllah akan dikira oleh Allah Taala sebagai amal jariah yang berterusan. Tambahan ianya digunakan bagi tujuan mulia menimba ilmu, yang mana kebanyakkan dari lepasan pelajar pascasiswazah ini kemudiannya akan menjadi tenaga pengajar di pelbagai institusi pendidikan. Ilmu-ilmu akan terus mengalir, begitu juga amal jariah saudara-saudari sekalian inshaAllah.
Reference letter: 100-UITM(NC.13/5)