GIVING@UiTM

Donation / Sadaqah

SUMBANGAN BAGI PEMBANGUNAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK UITM CAWANGAN PULAU PINANG


AAP1 Zone 02
  • SUMBANGAN BAGI PEMBANGUNAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK UITM CAWANGAN PULAU PINANG

    Sumbangan ini akan digunakan untuk pembinaan/pembangunan/pembaikan/menaiktaraf bangunan di UiTM Cawangan Pulau Pinang. Pembinaan dan pembangunan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) agar dapat memberikan peluang kepada anak-anak kakitangan UiTM Cawangan Pulau...
    close
info_outline

SUMBANGAN BAGI PEMBANGUNAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK UITM CAWANGAN PULAU PINANG

Sumbangan ini akan digunakan untuk pembinaan/pembangunan/pembaikan/menaiktaraf bangunan di UiTM Cawangan Pulau Pinang. Pembinaan dan pembangunan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) agar dapat memberikan peluang kepada anak-anak kakitangan UiTM Cawangan Pulau...

Sumbangan ini akan digunakan untuk pembinaan/pembangunan/pembaikan/menaiktaraf bangunan di UiTM Cawangan Pulau Pinang. Pembinaan dan pembangunan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) agar dapat memberikan peluang kepada anak-anak kakitangan UiTM Cawangan Pulau Pinang untuk menerima asuhan yang berkualiti, disamping menunaikan hak anak-anak untuk mendapat lebih masa dan perhatian daripada ibu bapa.

Ia juga selaras dengan Indikator Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia di mana ia mencapai SDG4 yang bertujuan untuk menyediakan sistem pendidikan berkualiti bagi memastikan hasil pembelajaran yang berkesan dengan menyediakan kemahiran dan pengetahuan yang relevan untuk memenuhi aspirasi negara ke arah menghasilkan peningkatan daripada segi sosial, ekonomi dan kesihatan individu dan masyarakat. Bagi memenuhi aspirasi ini adalah penting bagi Malaysia mewujudkan asas bagi penyediaan pembelajaran sepanjang hayat iaitu kemahiran asas membaca dan mengira baik pada peringkat sekolah rendah mahupun menengah, kesediaan sekolah, kemahiran yang relevan dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Ia juga bertepatan dengan pencapaian indikator 4.2.2. iaitu kadar penyertaan dalam pembelajaran terancang (setahun sebelum umur rasmi layak memasuki sekolah rendah). 

Semoga dengan sumbangan yang diberikan, dapat kita sama-sama mencapai matlamat ini.

Reference letter: 100-UITM(NC.13/5)