GIVING@UiTM

CSR Projects

Sumbangan Projek Cat Transit Shelter


AAP1 Zone 02
  • Sumbangan Projek Cat Transit Shelter

    Projek Penyayang CatChateau Transit Shelter adalah merupakan projek Kelab Budi Penyayang UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam Do Good Challenge Musim ke-2 yang bertujuan untuk membantu dalam mengawal populasi kucing-kucing jalanan dalam kawasan kampus. Antara aktiviti yang dijalankan iala...
    close
info_outline

Sumbangan Projek Cat Transit Shelter

Projek Penyayang CatChateau Transit Shelter adalah merupakan projek Kelab Budi Penyayang UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam Do Good Challenge Musim ke-2 yang bertujuan untuk membantu dalam mengawal populasi kucing-kucing jalanan dalam kawasan kampus. Antara aktiviti yang dijalankan iala...

Projek Penyayang CatChateau Transit Shelter adalah merupakan projek Kelab Budi Penyayang UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam Do Good Challenge Musim ke-2 yang bertujuan untuk membantu dalam mengawal populasi kucing-kucing jalanan dalam kawasan kampus. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menangkap kucing-kucing jalanan yang berkeliaran di kawasan-kawasan pentadbiran, akademik dan kafeteria dan memberi penempatan sementara untuk haiwan tersebut sebelum diambil untuk 'adoption'. Sukarelawan yang terlibat untuk memastikan kebersihan tempat dan kesejahteraan kucing-kucing terdiri daripada para pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh dan beberapa orang staf.

 
Sumbangan dan tajaan tuan-tuan dan puan-puan amatlah dihargai untuk menampung kos operasi seperti kos makanan dan pasir kucing serta barang-barang kemudahan lain, kos kesihatan dan rawatan termasuk perubatan penyakit dan pemandulan kucing dewasa, kos naiktaraf fasiliti untuk keselamatan dan keselesaan tempat, dan kos-kos lain yang melibatkan kebajikan kucing-kucing tersebut terjaga.

Reference letter: 100-UITM(NC.13/5)