GIVING@UiTM

Donation / Sadaqah

Program Serumpun Kasih Nusantara UiTMCPP


AAP1 Zone 02
  • Program Serumpun Kasih Nusantara UiTMCPP

    Program Serumpun Kasih Nusantara UiTMCPP merupakan program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Komander Kesatria UiTM Cawangan Pulau Pinang. Penganjuran program ini bertujuan untuk membantu penduduk Bengkalis indonesia yang memerlukan bantuan dari segi mental, fizikal dan bantuan keperluan kehid...
    close
info_outline

Program Serumpun Kasih Nusantara UiTMCPP

Program Serumpun Kasih Nusantara UiTMCPP merupakan program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Komander Kesatria UiTM Cawangan Pulau Pinang. Penganjuran program ini bertujuan untuk membantu penduduk Bengkalis indonesia yang memerlukan bantuan dari segi mental, fizikal dan bantuan keperluan kehid...

Program Serumpun Kasih Nusantara UiTMCPP merupakan program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Komander Kesatria UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Penganjuran program ini bertujuan untuk membantu penduduk Bengkalis indonesia yang memerlukan bantuan dari segi mental, fizikal dan bantuan keperluan kehidupan serta memberi peluang kepada mahasiswa untuk melakukan khidmat Masyarakat bertaraf antarabangsa di samping menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman. Penglibatan para mahasiswa dalam kelab dan persatuan amat diharapkan untuk melahirkan graduan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani serta intelek. Tambahan lagi, aktiviti -aktivit yang dilakukan ini dapat merapatkan hubungan antara pegawai, mahasiswa dan komuniti antarabangsa disana yang terlibat dalam program ini

Di samping itu, kepekaan terhadap sesuatu perkara yang berlaku disekeliling akan dapat dipupuk dan disemai untuk menjadikan diri lebih baik daripada yang terdahulu. Justeru, program ini wajar diadakan bagi mengenal kepayahan dan keperitan sesebuah kehidupan bagi membentuk jiwa dan terbentuk sifat kemanusiaan dalam jati diri mahasiswa. Selain itu, program ini dapat memberi manfaat kepada mahasiswa UiTM dalam memberi pendedahan khidmat komuniti dan kesukarelawanan yang bersifat antarabangsa yang juga merupakan tanggungjawab bagi pengurusan organisasi dan membina modal insan yang cemerlang

Reference letter: 100-UITM(NC.13/5)