Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah menyokong cadangan bagi penubuhan dan pengaktifan Akaun Tabung Amanah Tahfiz di peringkat cawangan UITM. Penubuhan dan pengaktifan Tabung Amanah Tahfiz ini adalah bagi tujuan penjanaan dana dalam usaha menampung kos operasi Program Plus Tahfiz di cawangan masing- masing.
Akaun ini bertujuan untuk membiayai perkara di bawah termasuklah elaun pentadbiran kakitangan yang diluluskan, elaun tenaga pengajar, bantuan pengajian/pembelajaran atau apa-apa aktiviti pelajar, tenaga pelajar, tuntutan perbelanjaan dan pembelian, kos dan perbelanjaan-perbelanjaan berkaitan operasi semasa dan pengembangan Tahfiz UiTM:
- Membiayai sumbangan / bantuan untuk pengurusan dan operasi Tahfiz di UiTM.
- Membiayai sumbangan bantuan kepada Tenaga Pengajar Tahfiz UiTM, sama ada kakitangan UiTM atau pihak luar.
- Membiayai sumbangan / bantuan kepada pelajar Tahfiz UiTM.
- Membiayai perbelanjaan operasi pengembangan Tahfiz UiTM dari semasa ke
Reference letter: 100-UITM(NC.13/5)