Sinposis Program :
Sinar Kasih Ramadan merupakan satu inisiatif dari Fakulti Sains Gunaan UiTM cawangan Perlis bagi tahun 2025. Program ini bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan melalui aktiviti amal. Dalam bulan yang penuh berkah ini, kami merancang untuk mengadakan program yang akan memberi manfaat kepada masyarakat, terutama sekali mereka yang memerlukan, serta mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti. Program ini akan berkolaborasi bersama agensi kerajaan, pihak industri dan komuniti bagi menyantuni komuniti setempat dan warga Perlis yang memerlukan. Dengan keterlibatan pihak agensi kerajaan dan industri, diharapkan semua pihak mendapat manfaat dari segi promosi syarikat serta produk serta keprihatinan kepada masyarakat setempat. Selain itu, program komuniti ini juga dapat mewujudkan jaringan baru di antara pihak universiti, agensi kerajaan dan industri.
Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada sasaran 300 penerima dan keterlibatan 55 orang staf dari Fakulti Sains Gunaan dalam menjayakan program ini.
Reference letter: 100-UiTM(NC.36/2)