Sukacita dimaklumkan bahawa ICAN akan menganjurkan program Hari Industri @UiTM - Industry MasterClass: Learn from The Best!
Program ini akan menampilkan 20 sesi MasterClass oleh pemimpin industri terkemuka dan memberi peluang kepada 1,200 pelajar untuk belajar secara langsung daripada pakar industri. Selain itu, pelajar juga boleh menyertai sesi 1:1 career coaching bersama Kauselor UiTM untuk mendapatkan nasihat kerjaya yang khusus.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 25 Oktober 2024
Lokasi: Kompleks Kejuruteraan, UiTM Shah Alam
Sesi Pagi: 8:30am – 11:00am
Sesi Petang: 2:30pm – 5:00pm
Dalam sesi ini, pelajar akan berpeluang mempelajari secara langsung daripada pakar industri mengenai tips dalaman untuk berjaya dalam temuduga, kualiti graduan baru yang dicari oleh syarikat, serta mendapat pendedahan dalam kemahiran insaniah yang diperlukan oleh industri.
Pelajar juga akan diberi akses langsung kepada profesional dari pelbagai industri bagi mendapatkan pandangan mendalam tentang laluan kerjaya yang berbeza, sekaligus membina professional networking dan mentorship. Melalui porgram ini akan membuka peluang kepada pelajar untuk menonjolkan diri di hadapan majikan. Mungkin ada di antara mereka yang bakal dikenal pasti sebagai bakat berpotensi oleh syarikat-syarikat yang terlibat. Dijangkakan program ini akan memberi impak positif kepada pembangunan kerjaya pelajar serta membantu mempersiapkan Pelajar UiTM menjadi Industry-ready Talents yang berdaya saing.
Bayaran sebanyak RM5 akan dikenakan sebagai yuran komitmen bagi setiap pelajar yang mendaftar untuk menyertai Industry MasterClass. Setiap pelajar yang hadir ke MasterClass yang didaftarkan akan menerima Industry-Ready Talents - Certificate of Participation sebagai pengiktirafan terhadap penyertaan mereka dan persediaan untuk menjadi graduan yang bersedia memasuki industri.
Reference letter: 100-CAN(ICAN/INC 37/7/7/2)