Other Services

Others

ALUMNI BACK TO CAMPUS - FUN WALK 2026


AA Zone 21
#Product ID : 6990
  • ALUMNI BACK TO CAMPUS - FUN WALK 2026

    Majlis Peluncuran Alumni Back to Campus (ABC) Peringkat Kebangsaan 2026 merupakan inisiatif bersama Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia (MALUMNI) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang akan dilaksanakan secara serentak melibatkan 20 Universiti Awam di Mala...
    close
info_outline

ALUMNI BACK TO CAMPUS - FUN WALK 2026

Majlis Peluncuran Alumni Back to Campus (ABC) Peringkat Kebangsaan 2026 merupakan inisiatif bersama Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia (MALUMNI) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang akan dilaksanakan secara serentak melibatkan 20 Universiti Awam di Mala...

  • Majlis Peluncuran Alumni Back to Campus (ABC) Peringkat Kebangsaan 2026 merupakan inisiatif bersama Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia (MALUMNI) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang akan dilaksanakan secara serentak melibatkan 20 Universiti Awam di Malaysia pada 10 Oktober 2026. Majlis peluncuran utama akan berlangsung di Universiti Malaya (UM) dan disiarkan secara langsung ke semua Universiti Awam. Inisiatif ini bertujuan memperkukuh hubungan serta jaringan strategik antara alumni dengan universiti melalui penglibatan dalam pembangunan mahasiswa, perkongsian kepakaran, kebolehpasaran graduan, penajaan dan pembangunan ekosistem universiti.
    Seiring dengan pelaksanaan program kebangsaan tersebut, UiTM Shah Alam akan menganjurkan UiTM Alumni Back to Campus Fun Walk & ICAN Car Boot Sale 2026 sebagai pengisian utama di peringkat universiti. Program yang akan berlangsung di Dataran DATC, UiTM Shah Alam, dari 7.00 pagi hingga 1.30 petang ini menghimpunkan sekurang-kurangnya 500 orang alumni bersama pelajar dan warga UiTM. Antara pengisian program ialah pendaftaran dan sarapan pagi, Fun Walk sejauh 3 km, penyertaan dalam siaran langsung Majlis Peluncuran ABC Peringkat Kebangsaan serta sesi interaksi secara langsung bersama YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan alumni Universiti Awam seluruh negara.
    Selain itu, ICAN Car Boot Sale 2026 turut diadakan sebagai platform santai dan inklusif bagi memberikan ruang kepada alumni untuk mempamerkan atau menjual produk serta menjalankan aktiviti perniagaan. Sebanyak 10 slot disediakan di kawasan parkir berhadapan DATC. Pelaksanaan program ini turut melibatkan kerjasama Persekutuan Alumni UiTM (PAU) serta jabatan-jabatan berkaitan di UiTM bagi memastikan kelancaran pengurusan peserta, keselamatan, fasiliti, publisiti dan sokongan teknikal.

Reference letter: UiTM. 100 - 6/3/28

Make a payment

RM 35.00