Other Services

Seminars

International Conference on Islamic Finance, Education, and Sustainable Development (ICIFESD 2025) -(di bawah Sidang Kemuncak ACIS-Industry-Society: AIS 2025) :Yuran Penyertaan Individu


AA Zone 25
  • International Conference on Islamic Finance, Education, and Sustainable Development (ICIFESD 2025) -(di bawah Sidang Kemuncak ACIS-Industry-Society: AIS 2025) :Yuran Penyertaan Individu

    Dalam era transformasi global yang pesat, inovasi, integrasi, dan impak sosial menjadi pemacu utama dalam pembangunan industri dan pendidikan Islam. Sidang Kemuncak ACIS-Industry-Society (AIS) 2025 dirangka untuk menyatukan para pemimpin akademik, industri, dan masyarakat bagi meneroka penyelesaian...
    close
info_outline

International Conference on Islamic Finance, Education, and Sustainable Development (ICIFESD 2025) -(di bawah Sidang Kemuncak ACIS-Industry-Society: AIS 2025) :Yuran Penyertaan Individu

Dalam era transformasi global yang pesat, inovasi, integrasi, dan impak sosial menjadi pemacu utama dalam pembangunan industri dan pendidikan Islam. Sidang Kemuncak ACIS-Industry-Society (AIS) 2025 dirangka untuk menyatukan para pemimpin akademik, industri, dan masyarakat bagi meneroka penyelesaian...

Dalam era transformasi global yang pesat, inovasi, integrasi, dan impak sosial menjadi pemacu utama dalam pembangunan industri dan pendidikan Islam. Sidang Kemuncak ACIS-Industry-Society (AIS) 2025 dirangka untuk menyatukan para pemimpin akademik, industri, dan masyarakat bagi meneroka penyelesaian terhadap isu-isu kontemporari melalui platform holistik. Bertemakan “Towards Global Excellence: Innovate, Integrate, Impact”, persidangan ini akan menampilkan lima segmen utama termasuk pameran teknologi, seminar muamalat dan halal, serta forum CSR dan pendidikan Islam masa depan. Penyertaan aktif dalam AIS 2025 akan membuka ruang kolaborasi strategik dan pemindahan ilmu antara ACIS dan pemain industri serta komuniti, sekali gus memperkukuh jaringan pintar ke arah kecemerlangan global yang inklusif.

Sebagai sebahagian daripada AIS 2025, International Conference on Islamic Finance, Education, and Sustainable Development (ICIFESD 2025) merupakan persidangan hibrid global anjuran Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Shah Alam. ICIFESD menyediakan platform unik untuk para sarjana, praktisi, dan pelajar berkongsi penemuan penyelidikan, inovasi dan pengalaman dalam bidang kewangan Islam, pendidikan serta pembangunan mampan.

Pilihan Yuran Penyertaan Berkumpulan/ Individu (AIS 2025) 

Keterangan:

Bayaran ini adalah untuk penyertaan secara individu ke ICIFESD 2025 ( AIS 2025: ACIS-Industry-Society Summit) anjuran Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sila pastikan anda memilih kategori yang betul sebelum membuat bayaran:

(Yuran Penyertaan individu):

Normal (e-certificate only)        RM30

 

Setelah bayaran dibuat, sila muat naik resit pembayaran melalui pautan pendaftaran dan serahkan kepada sekretariat melalui Google Form yang akan disediakan.

Terima kasih atas sokongan dan penyertaan anda!

Make a payment

RM 30.00