Penganjur utama "The 5" International Conference on Built Environment and Engineering 2026 (ConBEE 2026) - "Futureproofing the Built Environment & Engineering: Bridging Talent, Technology and Innovation Ecosystems" di UiTM Shah Alam, Malaysia adalah Bidang Pembinaan, Pusat Pengajian Ukur & Pengurusan; Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Malaysia. Program ini mensasarkan 150 pembentangan kertas kerja penyelidikan daripada dalam dan luar negara yang akan dijalankan secara fizikal dan maya, serta penyertaan 150 hasil inovasi pelajar sekolah, universiti & profesional. Penganjuran ini turut menampilkan sesi perkongsian ilmu oleh penceramah berpengalaman dalam bidang pembinaan, yang akan membincangkan topik-topik selari dengan tema program.
Matlamat program ini adalah untuk menyediakan platform ilmiah yang strategik dalam menghimpunkan ahli akademik, penyelidik, pemain industry serta pelajar bagi membincangkan perkembangan dan pendekatan terkini dalam bidang alam bina dan kejuruteraan. Melalui perkongsian hasil penyelidikan, inovasi dan pengalaman industri, program ini bertujuan memperkukuh integrasi antara bakat, teknologi dan ekosistem inovasi ke arah pembangunan persekitaran bina yang mampan, berdaya tahan serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.