Other Services

Others

Groove For Health Boosting Well-Being And Productivity at UiTM


AAC1 Zone 02
  • Groove For Health Boosting Well-Being And Productivity at UiTM

    OBJEKTIF Program Zumba ini bukan sahaja bertujuan untuk mempromosikan kesihatan fizikal dan mental di kalangan kakitangan UiTM, tetapi juga selari dengan beberapa Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Aktiviti ini menyumbang kepada usaha...
    close
info_outline

Groove For Health Boosting Well-Being And Productivity at UiTM

Location:
location_onPahang

OBJEKTIF Program Zumba ini bukan sahaja bertujuan untuk mempromosikan kesihatan fizikal dan mental di kalangan kakitangan UiTM, tetapi juga selari dengan beberapa Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Aktiviti ini menyumbang kepada usaha...

OBJEKTIF

Program Zumba ini bukan sahaja bertujuan untuk mempromosikan kesihatan fizikal dan mental di kalangan kakitangan UiTM, tetapi juga selari dengan beberapa Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Aktiviti ini menyumbang kepada usaha global untuk meningkatkan kesejahteraan sejagat, mewujudkan persekitaran kerja yang sihat, dan memupuk kolaborasi yang lebih erat antara komuniti. Melalui program ini, UiTM memainkan peranan dalam menyokong agenda global ke arah pembangunan lestari. Antara objektif program ini adalah:

 

  1. Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal dalam kakitangan.
  2. Mempromosikan gaya hidup sihat dan seimbang.
  3. Mengurangkan tekanan kerja melalui aktiviti yang menyeronokkan.
  4. Meningkatkan interaksi dan kerjasama antara kakitangan dari pelbagai jabatan

 

PERLAKSANAAN PROGRAM

Tarikh (Hari): 28 November 2024 – 16 Januari 2025 (Setiap minggu hari khamis)

Masa: 5.00 petang sehingga 7.00 petang

Tempat: Dewan Indera Segara, Universiti  Teknologi MARA, Cawangan Pahang

 

BIDANG PENGLIBATAN/ KUMPULAN SASARAN / PESERTA

Penyertaan ini akan dibuka kepada kakitangan Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pahang atau sekitar komuniti Jengka, Pahang. Kapasiti maksimum bagi setiap aktiviti yang akan dijalankan adalah seramai 40 orang. Program ini akan dikendalikan oleh kakitangan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Cawangan Pahang akan bertindak sebagai jawatankuasa pelaksana program.

Make a payment

RM 50.00