OBJEKTIF
Program ini akan dijalankan di Kem Sri Gading, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pahang yang melibatkan kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas. Oleh itu, setiap aktiviti yang dijalankan mempunyai objektif yang spesifik. Secara keseluruhan, program yang bakal dijalankan ini akan:
- Memberi perkembangan kemahiran motor kasar yang selari dengan umur kronologi membolehkan kanak-kanak menguasai kemahiran lokomotor dan manipulatif yang baik melalui aktiviti fizikal (permainan tradisional).
- Merangsang minat terhadap aktiviti kecergasan fizikal ke tahap yang positif dan mengelakkan gaya hidup sedentari dalam kalangan kanak-kanak.
- Memberi pendekatan bahawa aktiviti yang dirancang dapat memberi impak dari segi perkembangan kognitif, keterujaan, keseronokan, aktif dan kreatif semasa melakukan aktiviti fizikal.
- Memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan kepada semua dalam semua lapisan umur, merupakan salah satu daripada matlamat Pembangunan Lestari ke-3 (SDG-3) ini juga merupakan objektif program ini dijalankan.
- Menguasai perbuatan wuduk serta bacaannya di dalam solat dengan betul, tertib dan sempurna.
- Merapatkan Ukhwah Islamiyah dalam kalangan peserta dan merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang berilmu, beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia.
PERLAKSANAAN PROGRAM
Tarikh (Hari): 20 – 21 January 2025
Masa: 8.00 pagi sehingga 5.00 petang
Tempat: Kem Sri Gading dan Masjid Uwais Al-Qarni, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pahang
*Kaedah: Bersemuka
BIDANG PENGLIBATAN/ KUMPULAN SASARAN / PESERTA
Penyertaan ini akan dibuka kepada kanak-kanak yang berusia 7 tahun keatas, yang tinggal berhampir dengan Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pahang atau sekitar komuniti Jengka, Pahang. Kapasiti maksimum bagi setiap aktiviti yang akan dijalankan adalah seramai 100 orang. Program ini akan dikendalikan oleh kakitangan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Cawangan Pahang akan bertindak sebagai jawatankuasa pelaksana program dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Pahang.