GSISS 2024 merupakan sebuah simposium akademik siri kedua yang mengumpulkan ahli akademik, penyelidik dan pelajar untuk berkongsi ilmu, idea dan pengalaman dalam bidang sains sosial. Bagi siri kedua fokus masih merangkumi bidang bagi disiplin sains sosial yang akan melibatkan sesi perbincangan, kajian kes dan pembentangan oleh penceramah ucaptama dari beberapa negara yang dapat membuka ruang interaksi secara langsung antara peserta, ahli akademik dan pakar bidang. Simposium ini akan mengukuh jaringan profesional, dan mempromosikan kolaborasi dan kerjasama dengan pihak industri dan institusi pengajian tinggi di peringkat antarabangsa.
Objektif Projek :
Mewujudkan platform bagi penyelidik-penyelidik untuk membentangkan kajian dalam bidang sains sosial yang bersesuaian dengan tema.
- Menggalakkan pembentangan dan penerbitan kajian dalam kalangan ahli akademik UiTM Cawangan Kelantan bagi mencapai KPI perancangan strategik.
- Memupuk semangat inovasi dan kreativiti dalam kalangan peserta seterusnya mempamerkan hasil inovasi dan penciptaan secara digital dan fizikal.
- Mendorong peserta untuk berinteraksi, berbincang, dan menjalinkan rangkaian profesional dalam membina komuniti intelektual yang berinovasi