International Conference on Language, Education, Humanities & Social Sciences (i-LEdHS) adalah konferens anjuran Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Kelantan (APB UiTMCK) yang telah dianjurkan buat pertama kali pada tahun 2021. Dua trek penyelidikan ditetapkan iaitu Humanities & Social Sciences dan Language & Education. Sebagai kesinambungan kepada kejayaan penganjuran kali pertama i-LEdHS 2021, APB UiTMCK akan meneruskan konferens ini pada tahun 2026 sebagai satu platform kepada pelbagai pihak yang berkepentingan untuk berkongsi ilmu dan idea inovatif di dalam pelbagai bidang yang berkaitan.
OBJEKTIF PROJEK:
- Menyediakan platform perkongsian idea penyelidikan dan idea inovasi di kalangan ahli akademik Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Kelantan dan universiti luar.
- Menggalakkan budaya penyelidikan berkaitan bahasa, kemanusiaan dan isu-isu yang relevan.
- Mengumpulkan karya ilmiah yang berkaitan Bahasa, kemanusiaan dan isu-isu lain masakini untuk menjadi sumber rujukan yang terkini.
- Menerbitkan setiap hasil konferens dalam jurnal-jurnal berindeks.
- Meningkatkan jalinan akademik di antara universiti dan industri luar sama ada di peringkat nasional mahu pun antarabangsa.
Reference letter: 500-CK (PTD 16/2)