Other Services

Others

KEJOHANAN DEBAT HAK ASASI MALAYSIA (KDHAM 2025)


AAJ1 Zone 02
Product ID : 5417
  • KEJOHANAN DEBAT HAK ASASI MALAYSIA (KDHAM 2025)

    Kejohanan Debat Hak Asasi Manusia 2025 membawa tema yang sama seperti tahun sebelumnya iaitu Hak Asasi Manusia yang bertujuan untuk mendorong kesedaran dan pemahaman yang lebih mendalam tentang isu-isu semasa yang sedang berlaku berkaitan dengan hak asasi manusia di dalam dan luar negara. Berbeza de...
    close
info_outline

KEJOHANAN DEBAT HAK ASASI MALAYSIA (KDHAM 2025)

Location:
location_onJohor

Kejohanan Debat Hak Asasi Manusia 2025 membawa tema yang sama seperti tahun sebelumnya iaitu Hak Asasi Manusia yang bertujuan untuk mendorong kesedaran dan pemahaman yang lebih mendalam tentang isu-isu semasa yang sedang berlaku berkaitan dengan hak asasi manusia di dalam dan luar negara. Berbeza de...

Kejohanan Debat Hak Asasi Manusia 2025 membawa tema yang sama seperti tahun sebelumnya iaitu Hak Asasi Manusia yang bertujuan untuk mendorong kesedaran dan pemahaman yang lebih mendalam tentang isu-isu semasa yang sedang berlaku berkaitan dengan hak asasi manusia di dalam dan luar negara. Berbeza dengan edisi sebelumnya, pertandingan pada tahun ini turut menjemput universiti di negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Brunei dan Singapura. Isu berkaitan hak asasi manusia peringkat nusantara semakin kritikal dan wajar diketengahkan bagi memenuhi keperluan hidup bermasyarakat.

Isu-isu seperti hak pelarian, konflik palestin, pekerja asing, keganasan rumah tangga, perlindungan terhadap kanak-kanak merupakan antara isu kritikal yang bakal dijadikan sebagai usul perdebatan dalam Kejohanan ini. Kejohanan ini sudah semestinya akan menjadi platform yang penting untuk mahasiswa serta anak muda masa kini bagi meluaskan wawasan mereka, memperkukuhkan kemahiran berdebat, dan mengembangkan pemikiran kritis mereka terhadap isu-isu sosial yang relevan.

Make a payment

RM 300.00