PROGRAM LATIHAN DAN PENDIDIKAN (BENGKEL SMART PLS 4.0) merupakan program yang akan diadakan secara bersemuka yang akan dikendalikan oleh tetamu jemputan dari Fakulti Pengurusan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang iaitu Profesor Ramayah Thurasamy. Program ini adalah bengkel susulan daripada program bengkel PLS 3.0 tahun lepas yang telah mendapat sambutan yang sangat menggalakan dan menjana pendapatan kepada FPP UiTM Melaka. Penceramah jemputan akan mengendalikan bengkel selama dua hari tentang kaedah analisis data kuantitatif menggunakan perisian SMART PLS 4.0. Bengkel bersemuka selama dua hari ini akan dibuka kepada semua pelajar pasca siwazah serta pensyarah di universiti awam dan juga swasta seluruh Malaysia yang berminat untuk mengikuti bengkel ini.
Melalui penganjuran program ini, bengkel ini diharap mampu memberi manfaat kepada pelajar pascasiswazah serta pembangunan keilmuan pensyarah UiTM. Secara tidak langsung, bengkel ini diharap dapat membantu pensyarah dan pelajar menambah bilangan penerbitan berimpak tinggi dan memberi pendedahan yang lebih jelas dalam aspek analisis data dalam menjalankan penyelidikan.
Program ini adalah dirangka bertujuan untuk:
1. Memberi input-input terkini berkaitan dengan penyelidikan kuantitatif kepada pelajar pasca siswazah dan pensyarah.
2. Menggalakkan penulisan kertas kajian penyelidikan yang berkualiti dan diterima di peringkat antarabangsa.
3. Memenuhi sasaran penjanaan pendapatan fakulti (Performance indicator PI (129) daripada program latihan dan pendidikan.
4. Memberi galakan dan semangat kepada pensyarah-pensyarah UiTM Melaka untuk menjalankan penyelidikan menggunakan analisis kuantitatif yang lebih sistematik menggunakan SMART PLS 4.0.
Reference letter: 100-KBM(FPP/BPLS 14/3)