Other Services

Seminars

Early Bird : Presenter (Foreign Student) 2nd ICoSSIIS 2025


AAN3 Zone 02
  • Early Bird : Presenter (Foreign Student) 2nd ICoSSIIS 2025

    UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau yang terdiri daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Pengajian Komunikasi dan Media, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, Akademi Pengajian Bahasa, dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari bakal menganjurkan International Conf...
    close
info_outline

Early Bird : Presenter (Foreign Student) 2nd ICoSSIIS 2025

UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau yang terdiri daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Pengajian Komunikasi dan Media, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, Akademi Pengajian Bahasa, dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari bakal menganjurkan International Conf...

UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau yang terdiri daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Pengajian Komunikasi dan Media, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, Akademi Pengajian Bahasa, dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari bakal menganjurkan International Conference on Social Sciences, Informatic and Islamic Studies (ICoSSIIS) buat kali kedua pada September 2025.

Persidangan ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan perkongsian hasil kajian dan penyelidikan serta budaya perkongsian ilmu di kalangan warga fakulti dan ahli akademik dari institusi tempatan serta luar negara. Jalinan kerjasama di antara rakan strategik yang terdiri daripada universiti dan agensi luar juga dapat diperkukuhkan melalui kolaborasi di dalam persidangan ini. Sesi pembentangan kertas kerja akan diadakan menerusi platform digital.

Selain daripada itu melalui program ini, silaturrahim sesama pensyarah bagi fakulti, kolej pengajian dan akademi di UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau dapat dieratkan melalui penganjuran ICoSSIIS 2025 ini. ICoSSIIS 2025 akan menjadi sebuah persidangan maya yang interaktif di mana ianya merupakan platform perkongsian pengetahuan yang pelbagai dan membuka peluang rangkaian yang lebih meluas. 

Antara bidang yang disasarkan adalah seperti bidang sains sosial, kemanusiaan, bahasa, pengurusan dan perniagaan, pemasaran, kewangan, ekonomi, keusahawanan, sumber manusia, pengajian Islam, komunikasi media, informatik dan analitik, serta sub tema yang berkaitan. Namun begitu, ini tidak terhad kepada bidang-bidang yang dinyatakan di atas.

OBJEKTIF PROGRAM

Program ini dirangka bagi mencapai objektif yang berikut:

Untuk melaksanakan sesi perkongsian hasil kajian dan penyelidikan di kalangan ahli akademik dari dalam dan luar negara menerusi pembentangan secara maya.

  1. Bagi menjalinkan hubungan Kerjasama dengan rakan strategik UiTM yang terdiri daripada universiti dan agensi luar.
  2. Memperkasakan budaya penyelidikan, penulisan dan penerbitan berimpak khusus untuk warga akademik.

Reference letter: 100-UiTMKNS/R (PT.36/3)

Make a payment

RM 150.00