Bengkel ini dirangka dengan kerjasama pihak NIOSH untuk memberi latihan dan kemahiran kepada pelajar, staf UiTM Cawangan Terengganu serta peserta industri dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Bengkel bertajuk Safety in the Use of Chemical (Remote Learning) penting bagi meningkatkan kefahaman tentang pengurusan bahan kimia yang selamat, kesan bahan kimia terhadap kesihatan, langkah kawalan dan penggunaan Personal Protective Equipment (PPE), pencegahan kebakaran dan letupan, kesiapsiagaan kecemasan, keperluan perundangan serta komunikasi hazard melalui Safety Data Sheet (SDS) dan pelabelan. Pengetahuan ini dapat membantu pelajar sebagai persediaan menghadapi latihan industri dan alam pekerjaan, di samping membantu staf dan pihak industri meningkatkan amalan kerja selamat, mengurangkan risiko pendedahan serta mencegah kemalangan berkaitan bahan kimia di tempat kerja.
Program ini juga menjadi nilai tambah kepada peserta melalui sijil non-kompetensi yang dikeluarkan oleh pihak NIOSH, di mana sijil ini sekiranya diambil di luar berharga RM 432 seorang. Pihak Fakulti hanya mengenakan yuran sebanyak RM 70 kepada pelajar dan RM 100 kepada staf dan Industri.