Konferensi pertama yang dilaksanakan dalam program ini ialah Konferenci ICT 2018 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre pada 8-9 November 2018. Justeru itu, program ini dirancang adalah sebagai kesinambungan hasil kejayaan pelaksanaan konferensi terdahulu bagi memantapkan lagi kemahiran dalam bidang ICT dan berkongsi maklumat di kalangan warga UiTM serta IPTA lain berkenaan transformasi dan perubahan yang dilaksana dalam era pandemik Covid-19 dan juga Revolusi Industri 4.0.
Objektif utama Konferensi ICT 2@22 ini adalah untuk
- Memberi pendedahan dan mempersiapkan diri dari segi hala tuju dan pemikiran warga dan IPTA dalam menempuhi era baru pandemik /endemik dan transformasi digital dalam proses kerja, cara bekerja serta pengajaran dan pembelajaran.
- Menyediakan ruang dan peluang untuk perbincangan dan perkongsian maklumat antara para peserta, penceramah, wakil organisasi atau agensi mengenai penemuan kajian, teknologi dan transformasi yang telah berjaya dilaksanakan.
- Menyampaikan maklumat kepada seluruh warga berkaitan pencapaian dan inisiatif yang telah atau akan dilaksanakan oleh Jabatan Infostruktur.
Perlaksanaan Konferensi ICT 2021
Tarikh / Hari : 17 – 18 Ogos 2022 (Rabu dan Khamis)
Tempat : Dilaksanakan secara maya
Masa : 8.30 pagi – 5.00 Petang
Tema : Embracing Digital Learning Transformation
Reference letter: 100-PPII(INFO 9/14/1) 6/12/2021