- Memberi kemudahan kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk memasak di kolej
- Membantu mengurangkan kos sara hidup di kalangan pelajar
- Memastikan semua pelajar mempunyai makanan berat dalam pengambilan makanan harian yang bergizi
Umum mengetahui kos sara hidup telah meningkat dan ini turut memberi kesan kepada mahasiswa di kampus. Peningkatan kos ini juga menjadi satu isu yang utama dan dapat dilihat di dalam pembentangan bajet tahun 2024. Pihak kerajaan turut memfokuskan kepada isu dan masalah berkaitan peningkatan kos sara hidup.
Di kolej kediaman, data menunjukkan bahawa terdapat 55% dari jumlah pelajar yang menginap di kolej adalah berasal dari latar belakang keluarga berpendapatan rendah (B40). Data dari Unit Zakat juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang ketara bagi jumlah permohonan zakat di kalangan pelajar. Sehingga Jun tahun 2024 sahaja, telah terdapat permohonan zakat sebanyak 312 permohonan zakat. Survey yang telah dijalankan oleh pihak SRK dan JPK di kalangan pelajar juga menunjukan bahwa lebih 60% dari pelajar berpendapat bahawa harga makanan yang dijual adalah mahal dan melebihi kemampuan pelajar biasa.
Berdasarkan data-data tersebut, pihak BHEP terpanggil untuk melakukan satu inisiatif baru bagi membantu mahasiswa di UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan mengadakan satu ruang memasak di kolej kediaman. Inisiatif ini dikenali sebagai "DAPUR SISWA". Inisiatif ini diusahakan oleh pihak BHEP melalui Unit Pengurusan Kolej & Non-Residen (UPKNR), Staf Residen Kolej (SRK) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup di kalangan pelajar UiTM Shah Alam.
Inisiatif yang serupa telah dijalankan di UiTM Cawangan Sabah oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sabah bermula awal tahun 2023. Di UiTM Cawangan Sabah, inisiatif ini dikenali dengan nama DAPUR HEP. Melalui mesyuarat bersama Timbalan Rektor HEP seluruh Cawangan UiTM, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi turut memohon agar inisiatif ini dapat dilakukan di seluruh kampus UiTM. Perkara yang sama turut disuarakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti sewaktu lawatan ke Kampus Bertam.
Reference letter: 100-UiTM (NC.36/2) bertarikh 21 Mac 2025