Majlis Hari Kemuncak Inovasi dan Kualiti UiTM Cawangan Kelantan merupakan satu acara yang diadakan pada setiap tahun bagi memberi pengiktirafan kepada staf UiTM Cawangan Kelantan yang telah memberikan sumbangan dan sokongan dalam memastikan usaha UiTMCK mencapai kecemerlangan sepertimana keperluan Standard COPIA 3.1.7 (The academic staff must be evaluated at defined intervals and rewarded for their performance based on their academic responsibilities and scholarly activities).
OBJEKTIF PROJEK:
1 Memberi penghargaan kepada staf yang telah menabur bakti berkhidmat kepada UiTM dengan penganugerahan Anugerah Khidmat Cemerlang (APC), Anugerah Jasa Mu Di Kenang dan Anugerah Khidmat Setia.
2 Memberi pengiktirafan kepada semua staf yang memberikan sumbangan kepada universiti bagi tahun 2024.
3 Mewujudkan persaingan yang sihat serta satu budaya kerja yang kondusif di kalangan staf dalam menjalankan tugasan seharian dengan lebih efektif dan efisien.
4 Mewujudkan modal insan yang pro-aktif untuk menyokong usaha UiTMCK ke arah kecemerlangan selaras dengan kehendak pihak pengurusan tertinggi untuk menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia.
Reference letter: 100-UITM (NC 36/2)