Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikanNya. Amalan-amalan sunat seperti Solat Sunat Terawih, Tadarus Al-Quran, Tazkirah, Iftar Jamaie, Sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khusunya dalam bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan penuh keberkatan dan manfaat. Detik demi detik di bulan suci ini bagaikan rangkaian berlian yang sangat berharga bagi orang beriman kerana semua perbuatan kita ketika berpuasa menjadi ibadah berpahala yang balasannya langung dari Allah SWT. Amal baik sekecil mana sekalipun akan dilipatgandakan jika dilakukan dengan ikhlas.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SA W bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sehubungan dengan itu, Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang melancarkan kutipan sumbangan lhya' Ramadhan ini. Semoga usaha murni ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah sepanjang ia dilaksanakan.
Reference letter: ARAHAN AMANAH TABUNG PUSAT ISLAM