GIVING@UiTM

Donation / Sadaqah

PROGRAM MOBILITY PELAJAR FPHP INDONESIA EDU-TRIP 2024


AAM1 Zone 02
  • PROGRAM MOBILITY PELAJAR FPHP INDONESIA EDU-TRIP 2024

    Program mobiliti selama 2 minggu ini adalah sebuah program yang julung kali dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM Cawangan Melaka di peringkat antarabangsa. Sekumpulan pelajar dan pensyarah yang terpilih akan ke Politeknik Pariwisata (POLTEKPAR) Medan, Indonesia melalui pertu...
    close
info_outline

PROGRAM MOBILITY PELAJAR FPHP INDONESIA EDU-TRIP 2024

Location:
location_onMelaka

Program mobiliti selama 2 minggu ini adalah sebuah program yang julung kali dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM Cawangan Melaka di peringkat antarabangsa. Sekumpulan pelajar dan pensyarah yang terpilih akan ke Politeknik Pariwisata (POLTEKPAR) Medan, Indonesia melalui pertu...

Program mobiliti selama 2 minggu ini adalah sebuah program yang julung kali dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM Cawangan Melaka di peringkat antarabangsa. Sekumpulan pelajar dan pensyarah yang terpilih akan ke Politeknik Pariwisata (POLTEKPAR) Medan, Indonesia melalui pertukaran budaya dan pengetahuan dengan tema Pendidikan Pelancongan dan Hospitaliti Serumpun Malaysia-Indonesia. Pelbagai aktiviti berilmiah telah dirangka oleh pihak fakulti bagi memastikan ianya berimpak tinggi serta menyumbang kepada pencapaian petunjuk prestasi fakulti serta universiti di peringkat global. Di antaranya adalah; perkongsian ilmu, pemerkasaan kepimpinan, pementasan kebudayaan dan khidmat komuniti. Selain itu, program kolaborasi dan usahasama bersama agensi luar negara juga telah disusun melibatkan pemain industri pelancongan Indonesia. Justeru itu, pihak fakulti amat berharap agar tuan/puan dapat bersama-sama meyumbang dalam pelaksanaan program ini.

Reference letter: 600CM(HEA/FPHP 12/9)