Other Services

Seminars

RECENT ADVANCES IN RAILWAY INFRASTRUCTURE, BOGIE, UNDERFRAME AND RAIL BRAKING SYSTEMS


AA Zone 28
  • RECENT ADVANCES IN RAILWAY INFRASTRUCTURE, BOGIE, UNDERFRAME AND RAIL BRAKING SYSTEMS

    Seminar “Recent Advances in Railway Infrastructure, Bogie, Underframe and Rail Braking Systems" dihoskan oleh Smart Manufacturing Research Institute (SMRI), dengan penganjuran bersama Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. Seminar ini merupakan kali kedua diadakan selepas kejayaan penganjuran semi...
    close
info_outline

RECENT ADVANCES IN RAILWAY INFRASTRUCTURE, BOGIE, UNDERFRAME AND RAIL BRAKING SYSTEMS

Seminar “Recent Advances in Railway Infrastructure, Bogie, Underframe and Rail Braking Systems" dihoskan oleh Smart Manufacturing Research Institute (SMRI), dengan penganjuran bersama Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. Seminar ini merupakan kali kedua diadakan selepas kejayaan penganjuran semi...

Seminar “Recent Advances in Railway Infrastructure, Bogie, Underframe and Rail Braking Systems" dihoskan oleh Smart Manufacturing Research Institute (SMRI), dengan penganjuran bersama Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. Seminar ini merupakan kali kedua diadakan selepas kejayaan penganjuran seminar pertama pada 19 Jun 2019. Penganjuran seminar siri ke-2 ini sebenarnya telah beberapa kali ditangguhkan berikutan pandemik covid-19. Seminar ini akan menghimpunkan para profesional, ahli akademik dan pengamal industri dari latar belakang kejuruteraan kereta api untuk berdialog dan membicarakan isu-isu serta perkembangan semasa dalam industri kejuruteraan kereta api.

Seminar ini menerima sokongan penuh daripada rakan-rakan industri SMRI iaitu Kuasa Rail Engineering Sdn Bhd dan Asia Communication & Electronic Sdn. Bhd (ASIAKOM). Selain itu, penganjuran seminar ini akan menggunakan perkhidmatan perunding terkemuka iaitu Origin Academy dan SJM Consultancy bagi mempergiatkan aktiviti promosi dan memastikan keberkesanan strategi pemasaran. Origin Academy sebelum ini telah membantu dari segi pemasaran dan peningkatan penyertaan peserta. Selain itu, SJM Consultancy merupakan badan penyedia latihan yang mempunyai prestasi yang baik dengan Malaysia Board of Technologies (MBOT). Keyakinan dan kebolehpercayaan orang awam terhadap SJM Consultancy mampu mempengaruhi dan menarik lebih ramai peserta untuk mengambil bahagian dalam seminar ini.

Penganjuran seminar ini menjadi strategi pemantapan hubungan kerjasama UiTM, khususnya SMRI dengan organisasi kerajaan serta swasta seterusnya memacu pembangunan penyelidikan dan inovasi serta memperkasa kepakaran staf-staf, seiring dengan hala tuju UiTM yang membawa gelombang pencapaian bertemakan ‘Globally Respected’ atau Pengiktirafan Global pada tahun ini.

Make a payment

RM 600.00