Other Services

Courses

1st INTERNATIONAL CONFERENCE OF REAL ESTATE AND EXHIBITION (ICREX 20204) - Group 3 Pax (Physical)


AA Zone 29
  • 1st INTERNATIONAL CONFERENCE OF REAL ESTATE AND EXHIBITION (ICREX 20204) - Group 3 Pax (Physical)

    Penganjur utama 1st International Conference of Real Estate and Exhibition (ICREX2024)- “Sustainable and Disaster Management Innovations for Real Estate” di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam adalah Bidang Harta Tanah, Pengajian Harta Tanah dan Ukur Bangunan, Kolej Pengajian Ala...
    close
info_outline

1st INTERNATIONAL CONFERENCE OF REAL ESTATE AND EXHIBITION (ICREX 20204) - Group 3 Pax (Physical)

Penganjur utama 1st International Conference of Real Estate and Exhibition (ICREX2024)- “Sustainable and Disaster Management Innovations for Real Estate” di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam adalah Bidang Harta Tanah, Pengajian Harta Tanah dan Ukur Bangunan, Kolej Pengajian Ala...

Penganjur utama 1st International Conference of Real Estate and Exhibition (ICREX2024)- “Sustainable and Disaster Management Innovations for Real Estate” di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam adalah Bidang Harta Tanah, Pengajian Harta Tanah dan Ukur Bangunan, Kolej Pengajian Alam Bina, Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Program ini merupakan program antarabangsa yang dianjurkan bersama Pengurus Harta, Ejen Harta & Swasta Malaysia (PEPS), Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers (BOVAEP), The Institution of Surveyors Malaysia (RISM), Masyarakat Profesi Penilai Indonesia (MAPPI) dan  Universitas Gadjah Mada (UGM)


Program kerjasama ini adalah berteraskan seminar/ceramah yang akan melibatkan penyertaan dari organisasi-organisasi harta tanah yang lain antaranya ialah pemaju-pemaju Harta Tanah (seperti Sime Darby Property Berhad, Gamuda Land, PNB Merdeka Venture, Uda Holding Property dan lain-lain), Malaysian Institute of Estate Agents (MIEA) dan Persatuan Penilai, Royal Institution Chartered Surveyors (RICS), Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta, Jabatan Pengarah Tanah dan Galian, Pihak berkuasa Tempatan, Malaysian Board of Technologist (MBOT), Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) dalam negara serta Institusi Pengajian tinggi dan organisasi dari luar negara (Indonesia).
Tema yang dicadangkan bagi program ini adalah “Sustainable and Disaster Management Innovations for Real Estate”. Di dalam era peningkatan kesedaran alam sekitar dan kebimbangan mengenai perubahan iklim, sektor hartanah memainkan peranan penting dalam membentuk pembangunan bandar yang mampan. Justeru, dengan memberi tumpuan kepada tema ini, kesedaran untuk komited dalam membudayakan amalan mampan dan strategi pengurusan bencana yang berkesan dapat dipertingkatkan bukan sahaja memberi manfaat kepada alam sekitar dan masyarakat malah turut menyumbang kepada daya maju dan daya saing industri hartanah secara jangka panjang.


Penganjuran program ini mensasarkan sebanyak enam pembentangan / sesi ceramah dan satu sesi forum oleh penceramah yang berpengalaman dalam bidang harta tanah dengan topik-topik yang selari dengan tema program iaitu - Sustainable and Disaster Management Innovations for Real Estate. Panel-panel penceramah melibatkan kerjasama dari beberapa sektor seperti pemaju, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dari Malaysia dan juga beberapa panel jemputan dari negara Indonesia (sektor industri dan universiti).  Selain itu, satu ruangan pameran juga disediakan bagi melengkapkan program seterusnya memberi peserta peluang tambahan untuk pembelajaran, rangkaian dan penglibatan, di samping memudahkan perkembangan ilmu dan inovasi dalam industri hartanah global. Di samping itu, program ini juga turut disertai dengan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dengan Masyarakat Profesi Penilai Indonesia (MAPPI). Kerjasama yang dibentuk ini membantu hubungan kolaboratif dan sinergi secara dua hala dan dua negara dapat diperkuat antara Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan industri serta negara.


ICREX 2024 ini adalah program koferensi antarabangsa pertama yang dijalankan oleh Bidang Harta Tanah dalam usahasama antara , pihak industri dan IPTA/S dalam dan luar negara yang diharapkan dapat menjadi platform terbaik untuk mengukuhkan lagi pengetahuan dan mendapat pendedahan yang lebih jitu kepada ketelusan didalam industri harta tanah bagi semua peringkat profesion. Selain itu, program ini juga dilihat akan melebarkan lagi jaringan kerjasama dalam pelbagai bidang akademik dan penyelidikan mahupun jaringan sosial.

MATLAMAT PROGRAM
Memperkasakan hubungan kerjasama dan pertukaran ilmu global di dalam industri harta tanah dimana penceramah berkongsi dan peserta menerima maklumat terkini yang boleh dilaksanakan dalam meneroka penyelesaian inovatif kepada cabaran yang dihadapi oleh industri sejurus tamat program.

OBJEKTIF PROGRAM
Program ini bertujuan untuk:
i. Mewujudkan satu platform untuk membentang dan mempromosi penyelidikan, inovasi dan kaitannya dengan menekankan isu-isu terkini di dalam industri harta tanah.
ii. Menjana percambahan pengetahuan dan pemikiran diantara ahli akademik dan pihak industri dalam menambahbaik praktis dan pengetahuan dalam bidang harta tanah.
iii. Mencungkil perkembangan terkini dari pengamal industri mahupun akademia.
iv. Menunjukkan faedah, kebaikan dan praktikaliti hasil penyelidikan dari setiap penyertaan individu/organisasi.
v. Mewujudkan peluang hasil dari kolaborasi antarabangsa samada antara institusi pendidikan mahupun pihak industri. 

Make a payment

RM 1500.00