Istiadat Konvokesyen adalah suatu simbolik bagi meraikan kejayaan setiap mahasiswa di UiTM yang mana suatu detik indah yang amat dinanti-nantikan oleh setiap mahasiswa amnya dan para graduan khususnya. Jabatan Seni Reka Teknologi Barang Kemas di bawah Fakulti Seni Lukis & Seni Reka telah dilantik menjadi pengurus rasmi pengeluaran Cincin Graduasi UiTM (CGU) bagi Istiadat Konvokeyen UiTM seluruh Malaysia.
“Cincin graduasi ini merupakan elemen penting dalam membentuk jati diri sebagai graduan dan alumni dan ianya tidak lagi asing kerana telah diperkenalkan oleh lain-lain universiti dalam dan luar negara.”
Kecemerlangan ilmu dan prestasi akademik serta kekuatan nilai kemahiran diri adalah aspek penting yang perlu dimiliki oleh setiap mahasiswa sebelum bergelar sebagai seorang siswazah. Aspek-aspek ini boleh dirangsang dengan pelbagai sumber dan wasilah yang kognitif dan ilmiah. Oleh itu, Jabatan Seni Reka Teknologi Barang Kemas, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Shah Alam telah menggalas tanggungjawab ini untuk menghasilkan Cincin Graduasi UiTM (CGU) sebagai suatu simbolik bagi meraikan kejayaan setiap mahasiswa di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Untuk gambar tuan / puan boleh lihat dipautan berikut: https://cgu.uitm.edu.my/produk/