Seminar penyelidikan memainkan peranan yang sangat penting untuk menggalakkan penyelidikan dan penerbitan dalam kalangan pensyarah/penyelidik. Salah satu Pelan Strategik UiTM adalah untuk meningkatkan penyelidikan dan inovasi yang berimpak tinggi dalam kalangan ahli akademik. Oleh yang demikian Seminar Penyelidikan Pengajian Islam (SPPI) 2026 dirangka dan dirancang secara strategik untuk menggalakkan perkongsian hasil penyelidikan dalam bentuk pembentangan dan penerbitan bagi memenuhi indikator petunjuk prestasi (KPI) penerbitan dan penjanaan pendapatan.
Program ini dapat menyemarakkan lagi budaya kajian dan inovasi, reka cipta dan penyelidikan yang merupakan nadi utama prestasi pensyarah. Program ini terbuka kepada ahli akademik pengajian tinggi awam dan swasta, para pelajar pengajian tinggi awam dan swasta, institusi pendidikan menengah, beserta agensi awam mahupun swasta. Program ini merupakan platform untuk semua bagi mengembangkan hasil penyelidikan, jaringan industri dan hubungan antara institusi