Sinopsis
Kem Awal Remaja Islam (KERIS 2.0) merupakan sebuah program pengisian rohani khas sempena cuti sekolah yang dianjurkan untuk membantu membentuk jati diri remaja Islam yang berakhlak mulia dan berilmu. Program ini menyasarkan pelajar berumur 10 hingga 16 tahun, dengan objektif utama membimbing mereka dalam memahami fasa awal remaja melalui perspektif Islam secara menyeluruh.
Selama dua hari, para peserta akan dibimbing oleh pensyarah berpengalaman daripada UiTM Cawangan Perlis dan Kolej Matrikulasi Perlis, melalui sesi interaktif yang menyentuh topik-topik penting berkaitan perkembangan remaja, fiqh aqil baligh, akhlak dan adab, krisis identiti, serta isu-isu sosial kontemporari seperti pornografi dan maksiat.
Berlangsung dalam suasana pembelajaran kampus sebenar, program ini bukan sahaja memberi ilmu, malah menyediakan pengalaman bermakna dan membina sahsiah peserta sebagai remaja mukmin, harapan ummah masa hadapan.
Jangan lepaskan peluang. Jom mendaftar sekarang..!!