Other Services

Others

4TH GRADUATE DIGITAL INVENTION INNOVATION AND DESIGN (GDIID 2025) - WARGA UITMCTKKT


AAT3 Zone 02
  • 4TH GRADUATE DIGITAL INVENTION INNOVATION AND DESIGN (GDIID 2025) - WARGA UITMCTKKT

    Graduate Digital Invention Innovation and Design (GDIID) 2025 merupakan inisiatif akademik anjuran Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik & Matematik (KPPIM), UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu (UiTMCTKKT) yang bertujuan untuk memacu pembangunan akademik, inovasi dan kreativiti...
    close
info_outline

4TH GRADUATE DIGITAL INVENTION INNOVATION AND DESIGN (GDIID 2025) - WARGA UITMCTKKT

Graduate Digital Invention Innovation and Design (GDIID) 2025 merupakan inisiatif akademik anjuran Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik & Matematik (KPPIM), UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu (UiTMCTKKT) yang bertujuan untuk memacu pembangunan akademik, inovasi dan kreativiti...

Graduate Digital Invention Innovation and Design (GDIID) 2025 merupakan inisiatif akademik anjuran Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik & Matematik (KPPIM), UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu (UiTMCTKKT) yang bertujuan untuk memacu pembangunan akademik, inovasi dan kreativiti dalam kalangan pensyarah dan pelajar UiTM. Program ini dilaksanakan sepenuhnya secara maya dari Februari hingga September 2025, menjadikannya sejajar dengan era digital masa kini, di mana semua peringkat proses seperti pendaftaran, penghantaran projek, penjurian dan penganugerahan dijalankan secara dalam talian.

Sebagai sebahagian daripada usaha strategik universiti, program ini bukan sahaja berfungsi sebagai pemangkin untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam penulisan akademik, penerbitan berimpak tinggi, dan penglibatan dalam pertandingan inovasi tetapi turut membuka ruang kerjasama dengan pihak industri dan komuniti. Dengan pendekatan holistik dan inklusif, GDIID 2025 diharap dapat memperkukuh reputasi UiTM sebagai peneraju dalam bidang inovasi digital sambil menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat melalui perkongsian idea, penciptaan kreatif dan sumbangan impak sosial.

 

Make a payment

RM 50.00