Tabung Sumbangan Kolej Pengajian Kejuruteraan
UiTM adalah satu medan perkongsian ilmu. Menyampaikan dan menuntut ilmu adalah keutamaan kepada setiap umat Islam dan ianya merupakan salah satu jihad yang paling agung. Sesungguhnya orang yang berjihad sering diuji dengan pelbagai cabaran, halangan serta dugaan seperti ditimpa musibah banjir, kemalangan, kebakaran dan sebagainya. Mereka yan menyebarkan serta menuntut ilmu ini yang tergolong sebagai golongan asnaf perlu dibantu di kala berada dalam kesusahan. Maka tujuan utama penubuhan Tabung Sumbangan Kolej Pengajian Kejuruteraan ini adalah untuk memberikan bantuan serta sokongan buat golongan yang berada dalam kesulitan agar mereka dapat meneruskan perjuangan.
Antara kebaiikan yang dianjurkan oleh syarak adalah membantu golongan susah yang memerlukan seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. Beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
مَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
Maksudnya: Barangsiapa yang mempermudahkan urusan orang yanq dalam kesusahan maka Allah akan mempermudahkan urusan dirinya di dunia dan juga di akhirat.
Riwayat lbn Majah (2417)
Reference letter: 400-KPK (PNC. 1/1) Tarikh terima pej VC 29/12/2021