🌸 Jom Beramal, Hulurkan Kasih! 🌸
Assalamualaikum Wrt Wbt & Salam Sejahtera,
Bersempena Program Ziarah Mahabbah Seri Kenangan pada 17 Ramadhan 1446H/18 Mac 2025M, pihak RIG Islamic Education and Human Development (IEHDev) dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Perlis berbesar hati ingin mengajak muslimin dan muslimat untuk bersama-sama menyemai kasih dan berkongsi rezeki dengan penghuni Rumah Seri Kenangan, Kangar.
Sebagai tanda ingatan dan keprihatinan, kami memohon sumbangan ikhlas berupa wang tunai bagi pembelian kain batik dan kain pelekat buat warga Seri Kenangan yang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Sumbangan serendah RM10.00 untuk sehelai kain pelekat/batik ini sangat kami hargai.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menambahkan keceriaan mereka menyambut kedatangan Syawal yang bakal menjelang.
✨ Sehelai kain, seribu erti. Satu sumbangan, sejuta kebahagiaan. ✨
Semoga setiap huluran ini menjadi bekal pahala yang berpanjangan buat kita semua.
Terima kasih atas keprihatinan dan kasih sayang anda!
Reference letter: 100-UiTM(NC.36/2)